EUR/USD: Harga $1.1680 Perlu Dikuasai Untuk Kekal Bullish

EUR/USD: Harga $1.1680 Perlu Dikuasai Untuk Kekal Bullish

EUR/USD kembali ke paras 1.1630 pada awal sesi dagangan AS hari Khamis, memperlihatkan cubaan pembeli mengangkat semula pasangan matawang ini ke perte

EUR/USD kembali ke paras 1.1630 pada awal sesi dagangan AS hari Khamis, memperlihatkan cubaan pembeli mengangkat semula pasangan matawang ini ke pertengahan harga 1.60

Pasaran dilihat terus dalam keadaan bertahan, mengurangkan sedikit permintaan dollar menjelang perbahasan akhir penetapan tarif import China bernilai $200 billion pada hari ini.

Peningkatan matawang tunggal euro pula dipandu oleh perbezaan hasil bon Itali-Jerman yang semakin kecil serta lonjakan permintaan pound (GBP) yang mana turut menarik bersama matawang EUR sejak hari Rabu yang lalu.

Pengukuhan pound didorong oleh laporan yang mengatakan bahawa Jerman dan UK bersedia untuk mengeluarkan syarat-syarat utama di dalam Brexit bagi memudahkan laluan untuk perjanjian disepakati kedua-dua pihak.

Menjelang laporan ADP NFP dan PMI Perkhidmatan ISM AS pada malam ini, EUR/USD didagang sekitar julat 20 pips.

Momentum bullish akan terus menguasai sekiranya 1.1680 berjaya ditembusi. Kemudian ke paras 1.1710 (R2) dan 1.1730 (R3).

Support terhampir pula berada pada paras 1.1615 (S1). Sekiranya harga 1.1600 (S2) berjaya dipecahkan, hal ini akan melambatkan pergerakan bullish dan berpotensi turun ke paras 1.1570 (S3)

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: