EUR/USD Jatuh Ke Paras Terendah Mingguan, Kekal Dalam Trend Menurun Pada Minggu Ini

EUR/USD Jatuh Ke Paras Terendah Mingguan, Kekal Dalam Trend Menurun Pada Minggu Ini

EUR/USD mengekalkan momentum bearish yang kuat pada sesi dagangan Amerika, jatuh ke paras terenda seminggu yang lalu, didagang sekitar pertengahan 1.

EUR/USD mengekalkan momentum bearish yang kuat pada sesi dagangan Amerika, jatuh ke paras terenda seminggu yang lalu, didagang sekitar pertengahan 1.1200 selepas AS mengeluarkan laporan jualan runcit mereka.

Pasangan matawang ini gagal mempertahankan kedudukan di atas 1.1300, didorong oleh penjualan yang agresif selepas pasaran berhadapan bacaan awal PMI Zon Eropah bagi bulan April yang mengecewakan.

Data Eropah yang lemah memberi tekanan kepada matawang dan juga memicu kebimbangan terhadap pertumbuhan global, sekali gus mengalihkan perhatian pelabur kepada intrumen-instrumen safe haven termasuk dollar.

Greenback turut mendapat sokongan tambahan selepas data jualan runcit bulan Mac melonjak lebih tinggi daripada jangkaan, meningkat 1.6% (MoM) sementara jualan teras yang mengecualikan automotif selari dengan ramalan penganalisis.

Secara keseluruhan, EUR/USD masih meneruskan trend menurun pada minggu ini dengan support 1.1200 (S1) kini menjadi sasaran terdekat sebelum jatuh ke paras 1.1175 (S2) dan 1.1130 (S3).

Harga 1.1280 (R1) pula menjadi garisan resistance terhampir. Jika zon ini dapat ditembusi, EUR/USD berpotensi naik ke paras 1.1320 (R2) dan seterusnya kepada 1.1350 (R3).

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: