EUR/USD Jatuh Lagi, $1.2000 Sasaran Seterusnya?

EUR/USD Jatuh Lagi, $1.2000 Sasaran Seterusnya?

EUR/USD merosot dua hari berturut-turut selepas Jerman melaporkan pertumbuhan KDNK Q1 yang lemah dan peningkatan hasil bon AS. Sebahagian penganal

EUR/USD merosot dua hari berturut-turut selepas Jerman melaporkan pertumbuhan KDNK Q1 yang lemah dan peningkatan hasil bon AS.

Sebahagian penganalisis melihat penurunan tersebut itu hanyalah salah satu bentuk pembetulan berikutan penyesuaian semula porfolio oleh para pengurus pelaburan pada minggu dan hari terakhir dagangan bagi bulan April.

Namun sebahagian yang lain berpandangan kejatuhan EUR/USD ke bawah paras 1.21 berkemungkinan bukanlah peluang untuk membeli pada setiap penurunan (buy the dips).

Hal ini kerana menilai daripada paras semasa, perbezaan 400 pips berbanding pembukaan harga bulan ini menunjukkan terdapatnya ruang untuk EUR/USD melakukan ‘downward correction’.

Tambahan pula, kecenderungan bearish ke atas dolar AS semakin pudar, dan permintaan juga berpotensi meningkat dengan perkembangan positif data PCE Teras yang akan dikeluarkan malam ini.

Selain itu, walaupun pasaran optimis dengan kestabilan program vaksinasi di Eropah, namun pengucupan ekonomi Jerman pada Q1 yang lebih rendah daripada jangkaan mengisyaratkan bahawa Eropah akan melalui satu proses pemulihan yang panjang.

Dari prespektif teknikal, EUR/USD kini sedang menguji support terhampir sekitar 1.2080, jika ditembusi harga berpotensi jatuh ke paras 1.2050, kemudian ke paras psikologi 1.200

Manakala resistance terhampir pula menanti di paras 1.2117 dan pada paras tertinggi bulanan sekitar 1.2150.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: