EUR/USD Kekal Di Zon Selesa?

EUR/USD Kekal Di Zon Selesa?

Pasangan matawang EUR/USD kekal di atas 1.1300 pada hari Isnin, dengan pembeli euro mengumpul kekuatan pada sesi Eropah didorong oleh momentum pembetu

Pasangan matawang EUR/USD kekal di atas 1.1300 pada hari Isnin, dengan pembeli euro mengumpul kekuatan pada sesi Eropah didorong oleh momentum pembetulan dollar semakin kuat.

Selain itu, optimis terhadap perkembangan belanjawan Itali turut dilihat membantu mengukuhkan matawang tunggal euro sehingga jam 6.25 petang.

Kemungkinan sedang berlakunya ‘profit taking’ juga tidak boleh boleh diabaikan berikutan pasaran akan berhadapan pengumuman rate hike Fed pada minggu ini.

Indeks USD melonjak ke paras tertinggi 19 bulan pada hari Jumaat lalu berbanding enam matawang lain ke paras 97.70 mata.

Peningkatan tersebut didorong oleh kelemahan data makro China sehingga meningkatkan permintaan dollar sebagai matawang safe haven.

Harga antara 1.1300 dan 1.1400 dilihat menjadi zon selasa kepada EUR/USD, mengimbangi pembelian dan penjualan sepanjang tiga minggu yang lalu dan dijangka berterusan pada minggu yang baru.

Secara teknikal, posisi long EUR/USD bakal berhadapan resistance terhampir di paras 1.1340 dan 1.1360, manakala 1.1300 menjadi support paling signifikan.

Tiada katalis yang besar dapat mengerakkan euro selepas keputusan ECB minggu lalu dan fokus tertumpu kepada prestasi dollar selepas keputusan FOMC diumumkan minggu ini.

Older Post

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: