EUR/USD Kekal Rendah, Anggota ECB Jerman Tegas Lonjakan Inflasi Hanya Sementara

EUR/USD Kekal Rendah, Anggota ECB Jerman Tegas Lonjakan Inflasi Hanya Sementara

Penggubal dasar Bank Pusat Eropah (ECB) dari Jerman, Isabel Schnabel berkata, inflasi di Eropah "jelas" akan menurun pada tahun hadapan. Walaupun

Penggubal dasar Bank Pusat Eropah (ECB) dari Jerman, Isabel Schnabel berkata, inflasi di Eropah “jelas” akan menurun pada tahun hadapan.

Walaupun Zon Eropah melaporkan kenaikan inflasi 4% (YoY) pada bulan Ogos, pandangan ECB bahawa ianya hanya bersifat sementara mengisyaratkan pencetakan euro lebih banyak, sekali gus melemahkan mata wang dan menghalang sebarang pemulihan EUR/USD.

Berdasarkan carta empat jam, EUR/USD di dalam keadaan ‘oversold’, didagang di bawah 1.8000.

Jerman telah mengalami hiperinflasi pada 1920-an, satu peristiwa yang telah membentuk bank pusat negara bagi mengelakkan kenaikan harga dalam apa jua cara.

Sementara itu di AS, peningkatan harga juga menjadi fokus dan membantu meningkatkan permintaan dolar AS.

AS melaporkan peningkatan harga pengeluar dalam tahun ke tahun melebihi 8% pada bulan Ogos, meningkatkan perhatian pasaran kepada data kritikal CPI yang akan diterbitkan pada hari Selasa ini.

Federal Reserve dijangka akan mengelak daripada berbincang mengenai pengecilan program pembelian bon pada mesyuarat dasar kali ini, namun pengerusinya Jerome Powell dijangka akan memberi isyarat bahawa ianya akan dilaksanakan pada pertemuan akan datang.

Bank pusat AS ketika ini telah membeli bon bernilai $120 bilion setiap bulan dan mengurangkan pembelian akan mengukuhan dolar.

Secara keseluruhan, dengan situasi politik di Jerman yang tidak menentu, euro masih berdepan tekanan sementara sementara dolar AS pula kekal menjadi pilihan safe haven dengan sokongan tindakan keras China ke atas syarikat-syarikat teknologi negaranya.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: