EUR/USD Kekalkan Momentum Bullish, Hampiri Paras Tertinggi Dua Bulan Yang Lalu, ECB Bertukar ‘Hawkish’?

EUR/USD Kekalkan Momentum Bullish, Hampiri Paras Tertinggi Dua Bulan Yang Lalu, ECB Bertukar ‘Hawkish’?

Reaksi awal terhadap keputusan Bank Pusat Eropah (ECB) telah menyebabkan EUR/USD jatuh ke paras 1.1200 sebelum pulih dan naik mendadak menghampiri pa

Reaksi awal terhadap keputusan Bank Pusat Eropah (ECB) telah menyebabkan EUR/USD jatuh ke paras 1.1200 sebelum pulih dan naik mendadak menghampiri paras tertinggi dua bulan yang lalu apabila pasaran mula menghadam laporan yang dikeluarkan.

Sehingga jam 12.25 tengahmalam, EUR/USD berundur daripada paras 1.1308 dan kini didagang sekitar 1.1290

ECB mengekalkan kadar faedah yang rendah berikutan isu perdagangan dan tekanan pertumbuhan ekonomi global memaksa pembuat dasar ECB untuk meneruskan ransangan ke atas ekonomi.

Draghi dan ahli ECB yang lain turut menurunkan unjuran pertumbuhan bagi H1 2020, yang menunjukkan bahawa kadar akan kekal di paras yang sama sepanjang pertengahan tahun pertama 2020.

Selain itu, mereka juga mengumumkan penambahan deposit rate ke atas skim pendanaan Targeted longer-term refinancing operations (TLTRO) yang baru sebanyak +10 mata asas (bps), yang mana dinilai sebagai keputusan yang hawkish kerana manfaatnya yang besar kepada bank tempatan.

Tambahan pula, ulasan Draghi secara keseluruhannya juga adalah hawkish kerana beranggapan ekonomi dapat berkembang walaupun dengan tekanan perdagangan di peringkat global serta ketidaktentuan yang berpanjangan.

Unjuran bagi pertumbuhan dan inflasi turut berlaku perubahan yang sederhana, meningkat pada tahun ini, namun dijangka menurun pada tahun berikutnya.

Secara teknikal, EUR/USD masih berada di atas paras sebelum keputusan ECB diumumkan.

Namun bagi mengekalkan momentum menaik, zon resistance penting 1.1320 perlu ditawan sebelum naik menguji 1.1350

Support terhampir pula kini berada di paras 1.1250 (S1), kemudian kembali pada harga terendah harian 1.1215 (S2) dan 1.1175 (S3).

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: