EUR/USD Masih Dalam Mod Pemulihan, Fokus Kini Tertumpu Kepada Data CPI AS

EUR/USD Masih Dalam Mod Pemulihan, Fokus Kini Tertumpu Kepada Data CPI AS

Dolar berhasil melakukan pullback, didorong oleh optimis pelabur terhadap ransangan fiskal yang akan diumumkan oleh pentadbiran Trump sehingga mengak

Dolar berhasil melakukan pullback, didorong oleh optimis pelabur terhadap ransangan fiskal yang akan diumumkan oleh pentadbiran Trump sehingga mengakibatkan EUR/USD merosot hampir 200 pips daripada paras tertinggi 1.1500 yang dicapai pada hari Isnin lalu.

Reaksi positif para pelabur terhadap tindakan negara-negara maju menangani isu koronvirus juga telah mengembalikan mood bullish pada pasaran ekuiti global.

Aliran risk-on yang semakin meningkat turut mendorong pemulihan mendadak hasil bon AS daripada rekod terendah di samping mengukuhkan permintaan dolar AS.

Walau bagaimanapun, perkenalan pakej ransangan ekonomi Trump yang tertangguh dilihat telah menjadi faktor utama menghalang greenback daripada meneruskan pendakian pada hari ini dan kembali mencatat kerugian berbanding matawang utama yang lain.

Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang utama yang lain susut 0.22% kepada 96.20 mata sementara EUR/USD naik 0.41% kepada 1.325 setakat jam 6.55 petang.

Fokus para pelabur kini tertumpu kepada keputusan kadar faedah BoE pada jam 8 malam dan data inflasi pengguna (CPI) AS pada jam 8.30 malam.

Selain data, keterangan Setiausaha Perbendaharaan AS Steven Mnuchin berkenaan Rancangan Belanjawan Fiskal bagi tahun 2021 juga dijangka akan mempangaruhi dinamik pergerakan USD dan memicu peluang dagangan yang lebih jelas.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: