EUR/USD Masih Terperangkap Dalam Middle Range

EUR/USD Masih Terperangkap Dalam Middle Range

Seperti yang dimaklumkan pada hari Isnin lalu (baca disini), rundingan untuk membentuk kerajaan campuran Jerman gagal selepas parti FDP menarik diri d

Seperti yang dimaklumkan pada hari Isnin lalu (baca disini), rundingan untuk membentuk kerajaan campuran Jerman gagal selepas parti FDP menarik diri daripada sebarang perbincangan.

Namun begitu, sentimen kembali pulih apabila terdapat laporan bahawa mereka (FDP) akan memberi sokongan luar kepada kerajaan minoriti, tetapi kenyataan ini tidak dapat dibuktikan.

Presiden Jerman, Frank-Walter Steinmeier menggesa Canselor Angela Merkel dan parti yang lain untuk tingkatkan usaha bagi membentuk kerajaan gabungan. Kerajaan minoriti adalah sesuatu yang tidak pernah berlaku dalam sejarah negara Jerman baru, termasuk juga pilihan raya semula.

Walau bagaimanapun, Merkel mungkin akan memilih untuk mengadakan semula pilihan raya kerana beliau tidak begitu memihak kepada pilihan mewujudkan kerajaan minoriti. Penganalisis politik menjangkakan pilihan raya semula Jerman akan diadakan pada Mac atau April depan.

Jerman juga merupakan penyumbang utama dalam pertumbuhan ekonomi kesatuan Eropah (EU) dengan memegang peratusan GDP paling besar. Oleh itu, pasaran bimbang dengan prospek ketidaktentuan politik yang berpanjangan di Jerman akan menganggu unjuran ekonomi di masa hadapan.

Paras Teknikal EUR/USD

EUR/USD masih berada dalam middle range, didagangkan sekitar 1.1727. Jika tiada sebarang sentimen yang dapat mengukuhkan EUR dan permintaan USD mula meningkat, harga mungkin akan terus bergerak ke arah support seterusnya sekitar paras 1.1700 and 1.1660.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: