EUR/USD: Menjelang Keputusan Dasar ECB, Dapatkah Zon Support $1.1290-$1.1300 Dipertahankan?

EUR/USD: Menjelang Keputusan Dasar ECB, Dapatkah Zon Support $1.1290-$1.1300 Dipertahankan?

Sehingga hari Khamis, EUR/USD masih berjaya bertahan di atas zon support utama antara 1.1290-1.1300. Sehingga jam 3.20 petang, EUR/USD didagang me

Sehingga hari Khamis, EUR/USD masih berjaya bertahan di atas zon support utama antara 1.1290-1.1300.

Sehingga jam 3.20 petang, EUR/USD didagang mendatar sekitar 1.1305.

Walaupun dengan data kaji semula PMI Zon Eropah yang lebih tinggi dan peningkatan perbelanjaan pengguna, EUR/USD telah berundur sejak hari Isnin ke paras terendah dua minggu yang lepas.

Kegagalan perkembangan data yang lebih baik untuk memadamkan tekanan sell-off matawang euro adalah akibat daripada kebimbangan pelabur terhadap landasan yang akan dipilih oleh bank pusat bagi dasar kewangan mereka.

Pada jam 8.45 malam, ECB akan mengumumkan keputusan terkini mereka dengan jangkaan kesemua polisi seperti kadar faedah, kadar margin pinjaman dan kadar kemudahan deposit akan dikekalkan.

Akan tetapi ECB dilihat cenderung untuk mengumumkan lebih banyak ransangan di masa hadapan dengan menurunkan outlook pertumbuhan dan inflasi, sekali gus meningkatkan bekalan matawang yang lebih murah.

Sasaran untuk operasi pembiayaan jangka masa panjang ini dijangka bermula pada dua atau tiga bulan hadapan, dan lebih cepat ianya dilaksanakan, lebih tinggi tekanan untuk memastikan pertumbuhan yang lebih mapan.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: