EUR/USD Overbought, Dapatkah ‘Bullish Trendline’ Dipertahankan?

EUR/USD Overbought, Dapatkah ‘Bullish Trendline’ Dipertahankan?

Euro pada jatuh mendadak sejak bulan Jun yang lalu berikutan Presiden ECB, Mario Darghi mengeluarkan kenyataan yang dovish dengan menjelaskan bahawa b

Euro pada jatuh mendadak sejak bulan Jun yang lalu berikutan Presiden ECB, Mario Darghi mengeluarkan kenyataan yang dovish dengan menjelaskan bahawa beliau akan terus mengekalkan kadar faedah di paras terendah sehingga musim panas tahun hadapan.

Namun begitu, euro kembali pulih apabila terdapat tentangan daripada sebahagian ahli ECB terhadap pandangan tersebut dengan mengatakan bahawa memulakan rate hike pada tahun hadapan mungkin terlalu lewat.

Selain itu, sell-off berterusan USD pasca NFP pada hari Isnin lalu turut menolak EUR/USD naik menghampiri paras 1.1800.

Pergerakan bullish walau bagamanapun sekali lagi dihalang oleh kenyataan terkini Darghi semalam apabila menegaskan bahawa kadar faedah perlu dikekalkan rendah untuk tempoh yang lebih lama.

EUR/USD kini kembali didagang sekitar harga 1.1742, susut 0.08% setakat jam 1 petang.

Walaupun pergerakan menurun telah mengecewakan sebahagian bulls trader, namun kedudukan EUR/USD yang bertahan di zon tertinggi menguatkan potensi untuk pasangan matawang kekal bullish.

Fokus pelabur kini tertumpu kepada tinjauan ZEW Jerman yang akan dikeluarkan pada jam 5 petang bagi menentukan arah pergerakan EUR/USD untuk tempoh masa terdekat.

Resistance terhampir berada di paras 1.1790 (R1), 1.1850 (R2) dan 1.1985 (R3). Support pula bermula pada harga 1.1735 (S1), 1.1700 (S2) dan garisan psikologi sekitar 1.1670 (S3).

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: