EUR/USD terus bergerak dalam julat yang sama dan masih belum melepasi sebarang paras signifikan. Penyelidik daripada Nordea FX Strategi berpandanga
EUR/USD terus bergerak dalam julat yang sama dan masih belum melepasi sebarang paras signifikan.
Penyelidik daripada Nordea FX Strategi berpandangan bahawa pasangan matawang EUR/USD akan ditimpa satu impak negatif sebelum tamat tahun 2017 berikutan kecairan (liquidity) yang semakin berkurangan.
Mereka berkata, “Kadar swap asas juga telah bergerak baru-baru ini, meningkatkan lagi jurang sehingga membuatkan pembiayaan menggunaan USD semakin mahal. Oleh itu bermula sekarang sehingga tamat tahun ini, penggunaan reverse repo atau pembelian semula perjanjian sekuriti mungkin akan meningkat sehingga $400 billion, menyebabkan pengeluaran kecairan USD yang tinggi daripada sistem perbankan”.
Maksud reverse repo adalah membeli sekuriti dengan perjanjian akan menjual semula pada harga yang lebih tinggi pada tarikh yang ditetapkan. ‘Repo’ juga dikenali sebagai instrument kewangan dan kebiasannya digunakan untuk meningkatkan kapital jangka masa pendek.
Isu di atas akan menyebabkan dolar AS semakin sukar didapati menjelang tahun baru 2018.
Nordea juga menjelaskan hal ini mungkin meningkat untuk beberapa minggu lagi dan menjadi faktor kepada mereka untuk melihat EUR/USD terus menyusut.
Di tambah pula dengan kejatuhan mendadak EUR/USD sejak dua minggu lalu, harga dijangka akan bergerak lebih rendah ke paras 1.14.
COMMENTS