EUR/USD ‘Sideway’, Masih Menguji Paras Tertinggi Harian Menjelang Keputusan ECB

EUR/USD ‘Sideway’, Masih Menguji Paras Tertinggi Harian Menjelang Keputusan ECB

Momentum menaik telah menolak keluar EUR/USD ini daripada zon terendah 1.1380 dan menguji resistance di paras 1.1420 pada hari Khamis. Namun pening

Momentum menaik telah menolak keluar EUR/USD ini daripada zon terendah 1.1380 dan menguji resistance di paras 1.1420 pada hari Khamis.

Namun peningkatan terhalang selepas hasil tinjauan Ifo Jerman menunjukkan keyakinan dan jangkaan para peniaga Jerman jatuh lebih rendah daripada ramalan.

Tambahan pula isu konflik belanjawan Itali 2019 dengan Kesatuan Eropah masih memberi tekanan kepada matawang euro menjelang keputusan dasar kewangan ECB hari ini.

Pasangan matawang ini kembali turun menguji support sekitar 1.3950 dan kembali bergerak sideway di dalam julat 20 pips antara 1.1395 – 1.1415 sehingga jam 5.55 petang.

ECB dijangka mengekalkan kadar faedah di paras yang sama manakala Presiden Draghi pula dijangka akan mengalihkan pendirian beliau ke arah yang lebih neutral.

Secara teknikal, EUR/USD msaih didagang sekitar 1.1410. Resistance terhampir berada di paras 1.1500 (R1), 1.1520 (R2) dan 1.1550 (R3).

Support terdekat pula berada di paras 1.1380 (S1), 1.1320 (S2) dan 1.3000 (S3).

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: