euro-21-e1528674858998

EUR/USD Terus Ditekan, Pasaran Hindari Risiko Menjelang Inflasi EU, NFP & Ucapan Powell

EUR/USD kekal ditekan sekitar sekitar 1.0380, selepas memulakan dagangan minggu ini dengan ‘gap’ penurunan, didorong oleh penolakan risiko yang dilihat member sokongan kepada permintaan Dolar AS hari ini.

Selain itu, euro juga ditekan oleh komen suram daripada pembuat dasar bank pusat Eropah, Gabriel Makhlouf serta kebimbangan menjelang data inflasi utama EU dan NFP pada minggu ini.

“Bank Pusat Eropah berkemungkinan akan meningkatkan kadar faedah dengan kenaikan yang lebih kecil tahun depan jika kenaikan selanjutnya diperlukan,” kata Makhlouf pada hari Ahad.

Gabenor bank pusat Ireland itu juga menambah bahawa beliau berpendapat menjelang separuh kedua tahun depan kita akan melihat inflasi lebih rendah.

Di tempat lain, kebimbangan koronavirus di China disertai dengan bantahan terhadap dasar Zero-Covid kerajaan telah melemahkan lagi mood pasaran.

China melaporkan kes harian COVID-19 tertinggi sepanjang masa dengan hampir 40,000 jangkitan baharu pada hari Sabtu.

Pasangan matawang ini juga dilihat terbeban dengan meningkatnya kebimbangan terhadap desakan EU untuk menetapkan had harga eksport tenaga Rusia.

Perbincangan antara G7 dan EU terus mengheret had harga minyak Rusia dan mengikut laporan terkini, $65 setong adalah titik penting kerana perbincangan mungkin akan disambung semula pada hari Isnin.

Fokus juga tertumpu kepada data inflasi bulanan EU, ucapan presiden Fed dan NFP yang mana dijangka akan mendorong pembentukan momentum EUR/USD pada minggu ini.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *