EUR/USD Teruskan Penurunan Secara Beransur-ansur, Ini Sebabnya!

EUR/USD Teruskan Penurunan Secara Beransur-ansur, Ini Sebabnya!

Matawang tunggal euro kekal negatif tiga hari berturut-turut dan kejatuhan mendadak pada hari Rabu yang lalu berpunca daripada data Pesanan Kilang Je

Matawang tunggal euro kekal negatif tiga hari berturut-turut dan kejatuhan mendadak pada hari Rabu yang lalu berpunca daripada data Pesanan Kilang Jerman.

Kadar pesanan jatuh dengan ketara pada bulan Disember, lebih lemah berbanding jangkaan ke paras -1.6%

Jerman sekali lagi mempamerkan lebih banyak tanda-tanda kelembapan yang semakin menghimpit ekonomi.

Bank pusat Jerman Bundesbank berkata bahawa ekonomi berjaya mengelak daripada kemelesetan, namun begitu angka-angka terbaru yang dikeluarkan mungkin akan menyebabkan berlakunya pengucupan pada pertumbuhan suku tahun keempat 2018.

Sementara kebimbangan terhadap kemelesatan di Eropah masih menekan sentimen euro, aktiviti sektor pembuatan dan perkhidmatan AS pula terus berkembang dan menjadi faktor EUR/USD terus didagang rendah

Selain itu, kejatuhan pound akibat potensi berlakunya ‘no-deal’ Brexit juga boleh dikatakan menjadi punca yang mendorong kejatuhan euro sejak pembukaan pasaran minggu ini.

Sehingga jam 11.25 pagi, EUR/USD kekal di zon terendah mingguan, didagang sekitar 1.1360.

Secara teknikal, support terhampir EUR/USD berada di paras 1.1350 (S1), kemudian di double bottom yang terbentuk pada bulan Disember di paras 1.1310 (S2) dan 1.1290 (S3).

Garisan 1.1400 (R1) akan menjadi penghalang terdekat kepada pergerakan bullish, kemudian di paras 1.1425 (R2) dan 1.1450 (R3).

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: