EUR/USD: Uptrend Berdepan Risiko Dengan Peningkatan Kes Covid-19 Di Seluruh Zon Eropah

EUR/USD: Uptrend Berdepan Risiko Dengan Peningkatan Kes Covid-19 Di Seluruh Zon Eropah

Pada minggu lalu, pengarah serantau WHO, Hans Kluge menyebutkan bahawa 300,000 kes jangkitan Covid-19 yang baru telah dilaporkan di Eropah, yang mana

Pada minggu lalu, pengarah serantau WHO, Hans Kluge menyebutkan bahawa 300,000 kes jangkitan Covid-19 yang baru telah dilaporkan di Eropah, yang mana merupakan peningkatan mingguan paling signifikan pernah berlaku di sana ketika ini.

Perancis, Poland, Belanda, dan Sepanyol dilaporkan sedang menghadapi gelombang kedua. Britain pula sudah mempertimbangkan kawalan pergerakan yang baru, sementara dari Denmark ke Greece telah mengumumkan sekatan baru pada hari Jumaat yang lepas.

Kawalan yang lebih ketat akan dikenakan jika keadaan bertambah buruk dan hal ini bukan sahaja akan menganggu proses pemulihan ekonomi, malah akan memaksa Bank Pusat Eropah (ECB) untuk menambah rangsangan dari dasar yang telah terlalu longgar.

Ketika ini, dovish ECB dilihat lebih rendah berbanding Fed, menjadi salah satu faktor pendorong kepada kenaikan EUR/USD dari 1.08 hingga 1.20 pada 1 September yang lalu.

Tambahan pula, mesyuarat dasar Fed yang terkini mengisyaratkan toleransi terhadap inflasi yang lebih tinggi, iaitu dengan membenarkan inflasi meningkat melepasi sasaran 2% untuk beberapa waktu sebelum menaikkan kadar faedah.

ECB juga berkemungkinan akan mengikuti jajak langkah yang sama jika kes jangkitan virus ini terus meningkat.

Selain dari isu virus, para pelabur juga akan mengikuti perkembangan aktiviti pembuatan dan perkhidmatan Zon Eropah menerusi bacaan awal indeks PMI bulan September yang akan diterbitkan pada hari Rabu yang mana dilihat akan menjadi kunci kepada peralihan EUR/USD.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: