EUR/USD WXY Correction

EUR/USD WXY Correction

Dari analisa terdahulu menunjukkan gelombang (3) berakhir pada 1.2010 dan dari situ harga telah melakukan satu siri pengunduran pasaran gelombang (4

Dari analisa terdahulu menunjukkan gelombang (3) berakhir pada 1.2010 dan dari situ harga telah melakukan satu siri pengunduran pasaran gelombang (4) yang telah dikenal pasti sedang dibentuk sebagai 7 hayunan WXY Corrective Wave.

Turun dari puncak 1.2010, harga melakukan 3 gelombang ABC Correction yang diselesaikan sebagai gelombang (W)(merah) yang berakhir pada 1.1752. Kemudian harga naik 3 gelombang untuk diselesaikan sebagai gelombang (X)(merah).

Untuk gelombang ( Y )(merah), struktur dalaman dilihat sedang diselesaikan sebagai satu lagi WXY Corrective Wave untuk sub wave dimana gelombang (A) of (W)(hitam) berakhir pada 1.1809, gelombang (B) of (W)(hitam) berakhir pada 1.1899 dan seterusnya gelombang (C) of (W)(hitam) pada paras harga rendah 1.1736. Gelombang (X)(hitam) pula berakhir pada puncak 1.1869 dan kini sedang didalam perjalanan untuk melakukan 3 gelombang penurunan ABC Corrective Wave untuk melengkapkan gelombang ( Y ) of ( Y ) dan seterusnya melengkapkan gelombang (4) ini.

Satu kawasan 1.1658 – 1.1588 telah dikenal pasti dmana struktur 7 hayunan penurunan ini akan berakhir sebelum satu pendakian dijangka untuk berlaku menyambung semula penyelesaian gelombang (5) yang dijangka akan mencapai harga 1.2850.

Disclaimer: Analisa ini hanya berdasarkan potensi dan kebarangkalian yang mungkin/boleh berlaku. Saya tidak bertanggungjawab atas kerugian berdasarkan analisa ini.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: