EUR/USD: Zon Halangan Kritikal Terus Diuji Menjelang Keputusan Mesyuarat FOMC

EUR/USD: Zon Halangan Kritikal Terus Diuji Menjelang Keputusan Mesyuarat FOMC

Bullish EUR/USD masih menguji zon halangan kritikal 1.1360/65 setakat jam 10.30 malam, didorong oleh tekanan jualan dollar menjelang keputusan FOMC y

Bullish EUR/USD masih menguji zon halangan kritikal 1.1360/65 setakat jam 10.30 malam, didorong oleh tekanan jualan dollar menjelang keputusan FOMC yang akan diumumkan awal pagi Khamis.

Selain itu, kelemahan pada sterling apabila PM UK Theresa May secara rasmi memohon kepada EU tempoh penangguhan Article 50 yang lebih pendek daripada jangkaan turut mendorong pengukuhan euro.

Fokus kini beralih kepada keputusan mesyuarat FOMC pada jam 2 pagi (Khamis). Bank pusat akan mengemas kini data ‘dot-plot’, pengecilan penyata imbangan dan unjuran baru terhadap pertumbuhan, inflasi dan pekerjaan.

Para pelabur dilihat akan mengenepikan nada dovish ECB dan memerhatikan trend risiko serta dinamik pergerakan dollar sebagai pemandu utama kepada pergerakkan harga.

Daripada sudut politik, menjelang pilihan raya parlimen EU, perhatian tertumpu kepada peningkatan potensi pemilihan populis di kalangan pengundi.

Secara teknikal, EUR/USD didagang sekitar 1.1360, naik 0.10% dan peningkatan melepasi 1.1420 (R1) akan mengukuhkan momentum menaik, sekali gus berpotensi menguji harga 1.1480 (R2) dan 1.1520 (R3).

Support terhampir pula berada di paras 1.1320 (S1), 1.1295 (S2) dan 1.1235 (S3).

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: