Berdasarkan maklumat yang diterbitkan oleh Corriere della Sera, akhbar harian daripada Itali, draf pelan belanjawan Itali menunjukkan defisit akan dik
Berdasarkan maklumat yang diterbitkan oleh Corriere della Sera, akhbar harian daripada Itali, draf pelan belanjawan Itali menunjukkan defisit akan dikurangkan sehingga 2% pada tahun 2021.
Kerajaan Itali menjangkakan penurunan defisit belanjawan sebanyak 2.4% daripada pertumbuhan GDP pada tahun 2019, dan 2.2% pada tahun 2020.
Cadangan ini dikemukakan berikutan tekanan yang diberikan oleh Kesatuan Eropah dan telah meredakan kebimbangan pasaran pada minggu lepas yang menjangkakan pengumuman defisit yang lebih tinggi daripada Itali melebihi paras yang dibenarkan oleh EU.
Euro mengukuh dengan laporan tersebut dan mengambil peluang untuk melakukan pullback berbanding kesemua matawang utama lain.
EUR/USD telah naik hampir 55 pips daripada 1.1535 bergerak semakin jauh daripada garisan support 1.5000 yang dicapai pada sesi pasaran yang lalu.
Paras 1.6000 (R1) menjadi resistance terhampir, diikuti 1.1640 (R2) dan 1.1660 (R3)
Garisan 1.1535 (S1) pula berubah menjadi support, kemudian di paras 1.1505 (S2) dan 1.1425 (S3).
Berikut adalah perubahan euro beranding matawang utama yang lain setakat jam 10.40 pagi.
COMMENTS