Euro Jadi Tumpuan, Sekatan Pandemik Di Eropah Semakin Dilonggarkan

Euro Jadi Tumpuan, Sekatan Pandemik Di Eropah Semakin Dilonggarkan

Optimis terhadap laporan NFP minggu lalu telah mendorong peningkatan saham pada pembukaan pasaran AS yang lalu, namun kembali merosot kerana kurangny

Optimis terhadap laporan NFP minggu lalu telah mendorong peningkatan saham pada pembukaan pasaran AS yang lalu, namun kembali merosot kerana kurangnya keyakinan dikalangan pelabur terhadap lonjakan itu.

Hal ini kerana pembelian saham yang dilakukan hanya bergantung kepada harapan bahawa bank pusat tidak akan mengecilkan pembelian bon mereka berikutan angka pekerjaan yang lemah.

Namun realitinya, tanpa pengecilan program pembelian bon, inflasi tetap dijangka meningkat, malah tinjauan Fed New York yang baharu menunjukkan inflasi dijangka naik ke paras tertinggi sejak September 2013.

Kenaikan itu juga mengisyaratkan peningkatan harga barangan isirumah, sewa, gas dan pengajian tinggi yang mendadak dalam beberapa bulan mendatang.

Jangkaan lonjakan inflasi ini juga telah mendorong dolar AS untuk bergerak lebih tinggi berbanding mata wang utama yang lain, kecuali GBP dan CAD.

Namun fokus kini lebih tertumpu kepada euro berikutan sekatan pandemik semakin dilonggarkan.

Itali mula melonggarkan sekatannya dua minggu yang lalu sementara aktiviti restoran di Sepanyol telah dibenarkan selepas sekatan perjalanan tamat.

Perancis pula akan mula melonggarkan sekatan ke atas restoran pada minggu hadapan, kemudian diikuti oleh Jerman.

Situasi ini akan mengakibatkan permintaan terhadap euro meningkat dengan jangkaan ekonomi Eropah akan mengalami proses pemulihan yang lancar.

Tinjauan ZEW Jerman dijadualkan keluar pada jam 5 petang ini, menjadi satu-satunya data dalam kalendar ekonomi Eropah minggu ini yang akan memberi dorongan kepada sentimen pelabur.

Memetik pandangan Kathy Lien, pengarah urusan BK Asset Management, “Kami kini sedang mencari keyakinan untuk naik seiring dengan pencapaian saham dan peningkatan vaksinasi di Eropah”.

“Sebarang pullback EUR/USD dijangka terhad pada paras 1.2050” jelas beliau.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: