Euro Masih Dalam Mood Positif, EUR/USD Mendaki Ke Zon Tertinggi Harian

Euro Masih Dalam Mood Positif, EUR/USD Mendaki Ke Zon Tertinggi Harian

Matawang tunggal euro memulakan minggu ini dengan mood yang positif dengan EUR/USD mendaki ke zon tertinggi harian, didagang sekitar paras 1.1244/50

Matawang tunggal euro memulakan minggu ini dengan mood yang positif dengan EUR/USD mendaki ke zon tertinggi harian, didagang sekitar paras 1.1244/50 setakat jam 4 petang.

Pasangan matawang ini mengekalkan momentum menaik, keluar daripada paras terendah tahun 2019 selepas pulih daripada tekanan penjualan akibat daripada dovish ECB pada hari Khamis yang lalu.

Permintaan greenback pula sedikit menurun berikutan pasaran masih menghadam angka NFP yang diterbitkan pada hari Jumaat yang lepas.

Selain itu, euro juga bertahan daripada kejutan data pengeluaran Industri Jerman apabila mengucup sebanyak -0.8% sementara lebihan dagangan pula mengecil kepada 18.5 billion euro.

Secara keseluruhan tekanan ke atas sentimen matawang euro masih tinggi berikutan pasaran sedang menyesuaikan diri dengan pendekatan dovish ECB termasuk prospek tidak akan diumumkan sebarang rate hike sehingga Q3-Q4 2020.

Dari sudut politik pula, halangan fiskal dijangka mucul menjelang pilihan raya parlimen EU pada 23-26 Mei dengan jangkaan kerajaan bakal kehilangan dua pertiga majoriti di dalam dewan.

Secara teknikal, EUR/USD didagang sekitar 1.1250, naik 0.10% dan penembusan paras 1.1310 (R1) akan mengekalkan momentum menaik pasangan matawang ini ke paras 1.1370 (R2) dan 1.1420 (R3).

Support terhampir pula berada di paras 1.1175 (S1), 1.1120 (S2) dan 1.1020 (S3).

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: