Euro: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 24-28 Oktober 2016

Euro: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 24-28 Oktober 2016

Euro ditutup lebih rendah berbanding kebanyakan mata wang utama dunia minggu lalu. Euro Berbanding Dolar Amerika ditutup niaga pada paras 1.08585. Ini

Euro ditutup lebih rendah berbanding kebanyakan mata wang utama dunia minggu lalu. Euro Berbanding Dolar Amerika ditutup niaga pada paras 1.08585. Ini merupakan harga terendah dalam 7 bulan. Berbanding Pound Sterling pula, EURGBP mula diniagakan minggu lalu pada harga 0.90242 sebelum ditutup pada paras 0.88974 iaitu harga 2 minggu terendah sejak “flash crash” Pound Sterling 7 Oktober lalu.

 

Fokus minggu lalu adalah sidang media Presiden Bank Pusat Eropah, ECB Mario Draghi berkenaan panda pandangan hadapan ekonomi Kesatuan Eropah dan polisi kewangan terkini ECB. Secara amnya ECB masih mengekalkan polisi sama seperti sidang media yang lalu. Namun fokus ucapan Draghi lebih menjurus kepada komen ECB terhadap program pelonggaran kuantitatif yang ada sekarang. Ringkasan sidang media ECB boleh dirujuk dalam artikel https://www.ctc.fm/ringkasan-ringkas-sidang-media-ecb-20102016/

 

Jika minggu lalu tiada laporan berkala berimpak tinggi makroekonomi dari EU, minggu ini pada hari rabu jam 4.00 petang waktu Malaysia satu laporan data berkala dari Jerman, Ifo Business Climate akan dikeluarkan. German merupakan antara negara anggota EU yang menyumbang KDNK besar EU. Pasaran menjangkakan peningkatan indeks sebanyak 0.01 daripada data lalu 109.5.

 

Mario Draghi juga dijangkakan akan memberikan sedikit ucapan di DIW Economic Institute, Berlin kira-kira jam 11.30 malam waktu Malaysia. Tidak dapat dipastikan lagi fokus sebenar ucapan presiden ECB itu nanti.

 

Secara teknikal pula, EURUSD sudah tutup di bawah harga psikologi 1.09 iaitu harga terendah ketika keputusan referendum Brexit diumumkan 24 Jun lalu. Harga terkini ketika pasaran ditutup minggu lalu jika dilihat menggunakan indikator Ichimoku, di Time Frame sejam, 4 jam, harian, mingguan, dan bulanan, harga berada di bawah Senkou Span.

 

Adakah Euro akan terus melemah lagi minggu ini? Biarlah Candle Stick berbicara kelak.

 

“Berdaganglah dengan bijak, kadangkala tiada posisi dalam dagangan juga adalah satu posisi”

 

Wallahualam

 

ctc-news

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: