Euro VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 03/07-07/07/2017

Euro VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 03/07-07/07/2017

Ulasan Minggu Lalu Euro ditutup kukuh minggu lepas dengan tokokan melebihi 200pips daripada harga pembukaan mingguan. Harga penutupan pasaran mingg

Ulasan Minggu Lalu

Euro ditutup kukuh minggu lepas dengan tokokan melebihi 200pips daripada harga pembukaan mingguan. Harga penutupan pasaran minggu lalu merupakan yang tertinggi buat 12 bulan ke belakang. Jika dilihat di TF Monthly, CS bulan Jun sebenarnya telah meneruskan pendakian sejak 01/01/2017. Antara penyebab EURUSD terus dibeli adalah komen daripada Presiden ECB yang mula membayangkan ECB akan mula melakukan Tapering dalam masa terdekat.

 

Makroekonomi Ringkas 03/07-07/07/2017

Walaupun tiada langsung data berkala makroekonomi berimpak tinggi, namun 2 data berskala sederhana iaitu Spanish Manufacturing PMI, dan Spanish Unemployment Change boleh merangsang lebih lagi mood belian Euro minggu hadapan. ECB akan menerbitkan ECB Monetary Policy Meeting Accounts pada hari Khamis jam 7.30malam waktu Malaysia. 20 data ekonomi berimpak kecil bermula Isnin hingga Jumaat juga tidak boleh dipandang rendah. Ianya ibarat perangsang yang boleh menarik lagi minat belian Euro jika secara keseluruhannya membawa sentimen positif bagi Eurozone.

 

Minggu hadapan merupakan minggu NFP bagi AS. Namun minggu NFP ini akan dimulai dengan ISM Manufacturing PMI pada hari Isnin jam 10 malam waktu Malaysia. FOMC juga akan mengeluarkan Minit Mesyuaratnya yang lalu pada awal pagi Khamis jam 2pagi. Selain itu ADP Non-Farm Employment Change, Unemployment Claims dan ISM Non-Manufacturing PMI juga akan diterbitkan bermula ham 8.15 pada hari yang sama. Jumaat NFP agak menarik kerana selain set data NFP yang diterbitkan, FEDS juga akan mengeluarkan Fed Monetary Policy Report pada jam 11.00 malam. Sebarang sentimen positif melalui data ekonomi daripada AS akan melegakan jualan Dolar AS sejak awal tahun ini.

 

Risiko Pasaran

Dalam kenyataan FED Chair Yellen yang lalu, beliau optimistik dalam menaikkan sekali lagi kadar faedah tahun ini. Pasaran melihat beliau terlalu optimistik mungkin kerana data makroekonomi daripada AS tidak meyakinkan sejak akhir-akhir ini. Sebarang silap percaturan daripada The Feds ditakuti akan membuatkan Dolar AS terus berada dalam tekanan dan boleh memacu EURUSD untuk terus mengukuh kepada harga lebih tinggi. Mesyuarat Negara G20 yang akan berlangsung Jumaat dan Sabtu minggu hadapan dijangkakan akan memberikan sedikit ketidaktentuan dalam pasaran yang berkemungkinan akan menyebabkan pembetukkan Gap kelak.

 

Teknikal Ringkas Minggu Hadapan

Bagi sesi Bearish Impulsive Wave bermula sejak 05/01/2016 hingga 01/01/2017, harga penutupan pasaran minggu lalu sudah ditutup di atas paras 78.6% Fibonachi Retracement. Dan ada kemungkinan harga menuju ke paras 88.6% pula minggu hadapan. Jika dilihat pula di TF Weekly ada kemungkinan EURUSD akan bergerak menuju Trendline seperti yang ditunjukkan dalam rajah. Di TF Monthly pula, menggunakan indikator Stochastics sudah menunjukkan posisi Overbought. Sebarang penurunan mungkin hanyalah pembetulan pasaran sementara sahaja. SBR terhampir adalah di 1.1450, 1.1500, dan 1.15500. Jika EURUSD membuat pembetulan pasaran ke harga lebih rendah ia mungkin cenderung singgah di RBS 1.1400, 1.13500, dan 1.1300.

 

“Berdaganglah dengan bijak, tiada posisi dalam dagangan juga adalah satu posisi”

 

Wallahualam

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: