Euro VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 04/09-08/09/2017

Euro VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 04/09-08/09/2017

Ulasan Minggu Lalu EURO ditutup sedikit lemah minggu lalu berbanding Dolar AS. OHLC W1 minggu lalu tercatat sebagai 1.19435, 1.20705, 1.18233, 1.18

Ulasan Minggu Lalu

EURO ditutup sedikit lemah minggu lalu berbanding Dolar AS. OHLC W1 minggu lalu tercatat sebagai 1.19435, 1.20705, 1.18233, 1.18578. EURUSD bermula garang minggu lalu apabila mencatatkan harga tertinggi sejak 2015 pada hari Selasa namun mula melakukan pembetulan pasaran hinggalah jam-jam terakhir pasaran Amerika Utara hari Jumaat lalu. Data NFP yang lemah daripada AS juga tidak mampu membawa EURUSD terus dijual minggu lalu. Euro dijual selepas NFP berikutan khabar angin menyatakan beberapa ahli ECB membayangkan yang nilai Euro terlalu tinggi menyebabkan pengeksport di Eurozone mula berasa tidak selesa.

 

Sentimen Pasaran Ringklas 04/09-08/09/2017

Walaupun tiada data berkala makroekonomi berimpak tinggi daripada Eurozone minggu depan, pasaran sudah semestinya menantikan penetapan kadar faedah daripada ECB pada hari Khamis jam 7.45malam waktu Malaysia. 45 minit selepas itu juga ECB akan mengadakan sidang medianya bagi pandangan hadapan sehingga mesyuarat ECB yang seterusnya. Pasaran tidak menjangkakan akan ada kenaikan kadar faedah daripada ECB namun pasaran sememangnya menantikan butiran Tapering yang hebat diperkatakan sejak bulan lalu. Nada Hawkish dijangkakan akan dapat memacu belian EURUSD ke harga lebih tinggi lagi.

 

Daripada AS, minggu hadapan Cuma terdapat 2 data berkala makroekonomi berimpak tinggi daripada AS akan diterbitkan iaitu ISM Non-Manufacturing PMI dan Unemployment Claims. Data ini berpeluang meredakan tekanan jualan Dolar AS jika sentimen yang dibawanya adalah positif. Selain itu terdapat 5 ucapan ahli FOMC yang dijangka dapat memberikan pengaruh dalam sentimen Dolar AS semasa. Bank di AS akan bercuti pada hari Isnin bersempena Hari Buruh AS dan ini dijangkakan akan membuatkan pasaran sedikit tidak bergerak kerana kurang kecairan Isnin nanti.

 

Risiko Pasaran

Jika ECB Press Conference oleh Mario Draghi tidak membayangkan langsung bilakah masanya ECB akan memulakan Tapering, dikhuatiri EURUSD boleh terjun kerana kekecewaan pasaran. Ketidaktentuan geopolitik yang dicetuskan Korea Utara masih lagi belum reda sepenuhnya dan masih lagi beleh mencetuskan suasana panik dalam pasaran. Jika Korea Utara masih berdegil dan melancarkan 1 lagi roket ke arah Jepun atau negara lain, Euro tidak kurang akan menerima tempias kerana pelabur akan mula melakukan belian aset Safe-Heaven dalam suasana panik.

 

Teknikal Ringkas Minggu Hadapan 04/09-08/09/2017

Paras SBR terhampir adalah di 1.1900, 1.1950, 1.2000 dan 1.2500. Paras harga psikologi EURUSD adalah 1.2000 bagi jarak masa jangka sederhana panjang. Selagi harga bermain-main dibawah paras 1.2000 dijangkakan EURUSD masih berpeluang melakukan pembetulan pasaran yang lebih jauh ke bawah menguji RBS 1.1800, 1.1750, 1.1700, dan 1.1650.

 

“Berdaganglah dengan bijak, tiada posisi dalam dagangan juga adalah satu posisi”

 

Wallahualam

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: