Euro VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 05-09 Disember

Euro VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 05-09 Disember

Euro ditutup lebih tinggi berbanding Dolar Amerika minggu lalu. Perbezaan harga pembukaan dan penutupan pasaran minggu lalu Cuma 50 pips. Dengan jarak

Euro ditutup lebih tinggi berbanding Dolar Amerika minggu lalu. Perbezaan harga pembukaan dan penutupan pasaran minggu lalu Cuma 50 pips. Dengan jarak ketat 140 sepanjang minggu lalu, EURUSD bermula dengan Gap 20 pips di atas dan terus mengukuh di awal pasaran Asia Isnin lalu. Hari Rabu menjunam sedikit ke paras terendah mingguan 1.05872 selepas ADP-NFP dikeluarkan dan menutupi pasaran dagangan di 1.06606.

 

Hari ini ketika ulasan mingguan ini ditulis, pasaran menantikan Referendum Perlembagaan Itali. Apa sahaja keputusan referendum itu pastinya akan membuatkan EURUSD mula diniagakan dengan Gap Isnin nanti. ECB Press Conference kali 8 bagi tahun 2016 berkenaan polisi kewangan ECB terkini akan diadakan 45 minit selepas Bank Pusar Eropah, ECB mengumumkan kadar asas faedah terkini. Minimum Bid Rate akan diumumkan pada jan 8.45 malam waktu Malaysia Khamis hadapan. Jika diimbas 03/12 tahun lalu, ketika sidang media ECB yang sama, EURUSD telah meroket 440 pips ketika sidang media yang sama.

 

Melihat data berkala makroekonomi berimpak tinggi daripada US minggu hadapan, Isnin jam 11 malam waktu Malaysia dimulai dengan ISM Bukan Pembuatan, Khamis malam jam 9.30 malam pula dengan Unemployment Claims dan UoM Consumer Sentiment pada Jumaat 11 malam pula. News­ yang tidak kurang meriah ini jika angka sebenar lebih baik dari ramalan, akan membuatkan EURUSD berada dalam tekanan jualan.

 

Melihat teknikal CSP pula, terdapat pembentukan CSR di Time Frame W1. Paras psikologi Resistant terhampir adalah 1.07100 dan 1.0765, sementara harga Support terdekat adalah 1.06140 dan 1.0560. Idikator RSI14 di D1 dan W1 masih menunjukkan dalam zon jualan (bawah paras 50 RSI14) namun di H4 dan H1 RSI14 sudah berada dalam zon belian (atas paras 50 RSI14). Berkemungkinan EURUSD akan menguji dahulu Resistant sebelum kembali meneruskan perjalanan menguji harga terendah. Ini disokong dengan harga penutupan minggu lalu masih berada di bawah Senkou Span di D1 dan W1 mengikut Ichimoku Kinko Hyo yang mengambarkan trend EURUSD di D1 dan W1 masih berada dalam mood jualan dalam dagangan.

 

“Berdaganglah dengan bijak, kadangkala tiada posisi dalam dagangan juga adalah satu posisi”

 

Wallahualam

 

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: