Euro VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 06 – 10 Febuari 2017

Euro VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 06 – 10 Febuari 2017

Data OHLC W1 minggu lalu dicatat sebagai 1.07200, 1.08281, 1.06195, 1.07953 di EURUSD. Secara keseluruhan Euro ditutup kukuh berbanding Greenback. Pen

Data OHLC W1 minggu lalu dicatat sebagai 1.07200, 1.08281, 1.06195, 1.07953 di EURUSD. Secara keseluruhan Euro ditutup kukuh berbanding Greenback. Pengukuhan Euro ini sebenarnya telah banyak dipacu oleh kelemahan Dolar AS yang masuk minggu ke-6 apabila dirujuk di USDIndeks.

 

Komen salah seorang ahli pentadbiran Trump yang menuduh Jerman mengambil kesempatan ke atas kelemahan mata wang Euro telah menyebabkan Euro mengukuh pada hari Selasa walaupun EURUSD menyusut pada hari Isnin. EURUSD kembali menyusut pada hari Rabu dan Khamis. Pada hari Jumaat pula, set data pada hari NFP yang boleh dikatakan agak mengecewakan pasaran telah membuatkan EURUSD mendaki semula dan ditutup niaga pada harga 1.07853.

 

Minggu hadapan tiada data berkala makroekonomi berimpak tinggi daripada Eurozone. Namun data berskala sederhana dari Jerman Factory Oders m/m jika jauh lebih baik daripada pasaran, dijangkakan akan membuatkan EURUSD mengukuh. Data ini akan diterbitkan jam 3.00 petang waktu Malaysia. Untuk pengetahuan umum, Jerman merupakan antara negara ahli Eurozone yang menyumbang KDNK terbesar dalam Eurozone.

 

Beralih kepada Amerika Syarikat pula, Cuma terdapat dua data ekonomi berimpak tinggi akan dikeluarkan iaitu Unemployment Claims dan Prelim UoM Consumer Sentiment. Masing-masing akan diterbitkan pada hari Rabu dan Jumaat. Setakat hari ini sentimen pasaran masih lebih cenderung menjual USD kerana pasaran melihat polisi ekonomi Trump masih lagi samar-samar. Tindakan Trump yang menandatangani beberapa arahan eksekutif presiden juga telah banyak dikecam oleh rakyat AS sendiri. Trump juga setakat ini lebih menggemarkan Dolar AS yang lebih murah.

 

Secara teknikal, EURUSD masih lagi Uptrend jika dilihat menggunakan Bollinger Bands di D1 kerana harga sejak 22 hari dagangan lalu, masih berada di atas Mid BB. Paras Support terhampir jika EURUSD melakukan pembetulan pasaran adalah di 1.07450, 1.07185, 1.06850 dan 1.06570. RSI14 di D1 juga berada di zon momentum belian dalam dagangan di D1. Kenaikkan EURUSD mungkin singgah di paras Resistant 1.08115, 1.08400, dan 1.08725 bagi meneruskan momentum belian ke harga lebih tinggi.

 

“Berdaganglah dengan bijak, kadangkala tiada posisi dalam dagangan juga adalah satu posisi”

 

Wallahualam

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: