Euro ditutup kukuh sedikit minggu lalu berbanding Dolar Amerika dengan pembentukan CS Bullish di W1. Jarak pergerakan turun naik EURUSD minggu lalu da
Euro ditutup kukuh sedikit minggu lalu berbanding Dolar Amerika dengan pembentukan CS Bullish di W1. Jarak pergerakan turun naik EURUSD minggu lalu daripada harga tertinggi kepada harga terendah adalah lebih kurang 280 pips. Berkemungkinan kecairan dalam pasaran yang masih belum kembali normal seperti kebiasaannya menyebabkan purata pergerakan harian EURUSD melebihi 100 pips bagi jarak harian normal 50-100pips. Data OHLC W1 minggu lalu adalah 1.05143, 1.06196, 1.03395, 1.05310.
EURUSD menyusut selama 2 hari selepas pasaran dibuka minggu lalu. Mula mendaki pada hari Rabu dan FOMC Meeting Minutes yang diterbitkan awal pagi Khamis dengan bernada kurang Hawkish telah memacu EURUSD untuk terus naik. Jumaat lepas, set data di hari NFP yang secara keseluruhannya positif telah menyebabkan EURUSD melakukan pembetulan pasaran bagi kenaikan Rabu dan Khamis. Secara keseluruhan EURUSD ditutup hanya sedikit kukuh minggu lalu dengan beza harga pembukaan dan penutupan W1 hanya sekitar 20 pips. Ulasan FOMC Meeting Minutes oleh Saudara Firdaus Ali boleh didapati di https://www.ctc.fm/ringkasan-minit-mesyuarat-fomc-dollar-terus-melemah/
Minggu hadapan masih tiada data berkala makroekonomi berimpak tinggi daripada Erozone, pergerakan EURUSD dijangkakan akan terus dipacu oleh data-data ekonomi daripada US dan sentimen pasaran. Unemplotment Claims akan diterbitkan pada jam 9.30 malam waktu Malaysia hari Khamis. Ini diikuti oleh Core Reatil Sales m/m, PPI m/m, Retail Sales m/m, dan Prelim OuM Consumer Sentiment keesokan harinya bermula jam 9.30 malam hingga 11.30 malam. Ini merupakan minggu ketiga berturut-turut ketiadaan data ekonomi berimpak tinggi daripada Eurozone.
Secara teknikal paras harga psikologi SBR 1.0500 masih merupakan paras kritikal yang sentiasa perlu diperhatikan. Harga Resistant seterusnya adalah 1.055, 1.05930 dan diikuti dengan 1.06190. Harga Support pula berada di 1.05(BRN), 1.04730. Jika paras 1.04730 berjaya dipecahkan dengan jayanya besar kemungkinan 1.043 akan diuji. 1.00 merupakan harga jangka panjang yang disasarkan oleh banyak penganalisis mata wang luar negara. Indikator RSI14 di D1 dan W1 masih berada di kawasan jualan dalam dagangan.
Kadar kecairan dalam pasaran dilihat masih belum kembali kepada normal, justeru itu adalah dinasihati para pedagang berhati-hati dalam meletakkan sesuatu posisi dalam dagangan. Kecairan dalam pasaran yang agak kurang boleh menyebabkan pergerakan pips yang tidak dijangka turun naiknya secara mendadak melebihi purata harian secara normal
“Berdaganglah dengan bijak, kadangkala tiada posisi dalam dagangan juga adalah satu posisi”
Wallahualam
COMMENTS