Euro VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 13/03-17/03/2017

Euro VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 13/03-17/03/2017

Euro ditutup kukuh berbanding Dolar AS minggu lepas. Pengukuhan ini merupakan buat 2 minggu berturut-turut. Harga penutupan minggu lalu, 1.06738 merup

Euro ditutup kukuh berbanding Dolar AS minggu lepas. Pengukuhan ini merupakan buat 2 minggu berturut-turut. Harga penutupan minggu lalu, 1.06738 merupakan paras tertinggi bagi 3 minggu. Beza harga penutupan pasaran New York pada Jumaat lepas adalah melebihi 50 pips daripada harga pembukaan Isnin pada pasaran Asia.

 

Euro bermula lemah minggu lalu sehinggalah hari Rabu. Hari Khamis ketika ECB mengumumkan bahawa kadar faedahnya masih dikekalkan pada paras 0.00%, Euro mula mengukuh. Pengukuhan ini diteruskan selepas sidang media ECB membawa nada yang sedikit Hawkish. Hari jumaat pula merupakan hari yang cemerlang buat EURUSD dengan kenaikan melepasi 100 pips kerana belian Euro dilakukan walaupun set data NFP adalah lebih baik secara keseluruhannya. Jualan dolar ini kemungkinan disebabkan pasaran yang sedang bersedia dengan kenaikan kadar asas faedah daripada FOMC yang dijangkakan berlaku minggu hadapan.

 

Tiada data berkala ekonomi berimpak tinggi akan diterbitkan daripada Eurozone minggu hadapan. Namun Presiden ECB, Mario Draghi akan ucapan beliau di persidangan bersama ECB bersama Massachusetts Institute of Technology di Frankfurt, Jerman. Seperti kebiasaan setiap ucapan Draghi sentiasa diperhalusi kerana pasaran sentiasa mencari bayangan masa depan polisi kewangan ECB. Draghi akan berucap kira-kira jam 9.30 malam Isnin nanti.

 

Beralih ke AS, minggu depan Khamis jam 2.00 pagi waktu Malaysia, seluruh pasaran mata wang menantikan pengumuman kadar faedah terkini daripada FOMC. Pasaran menjangkakan kenaikan sebanyak 25 mata asas kepada 1.00% daripada 0.75%. Tinjauan yang dilakukan oleh Bloomberg mendapati pasaran sememangnya menjangkakan FOMC akan menaikkan kadar faedah pada mesyuarat kali ini. Sebelum pengumuman Federal Funds Rate, terdapat 5 data berkala makroekonomi berimpak tinggi daripada AS akan diterbitkan. Namun data-data ini berkemungkinan tidak banyak memberikan impak sehinggalah FOMC beraksi awal Khamis pagi. Jika FOMC menaikkan kadar faedahnya kali ini, EURUSD dijangka akan jatuh dihentam kekuatan Dolar AS.

 

Secara teknikal, harga penutupan pasaran minggu lalu di D1 sudah berjaya memecahkan Trendline seperti yang dilukis di rajah di bawah. Harga penutupan pasaran minggu lalu sudah berada di atas 38.2% Fibonacchi Retracement bagi kenaikan sejak 03/01/2017. Paras SBR terhampir berada di 1.07105, 1.07400, dan 1.07745. Paras psikologi 1.05 masih utuh, dengan Support pula terletak di 1.05885, 1.06200, dan 1.06515. Jika FOMC menaikkan kadar faedahnya minggu hadapan, EURUSD ada peluang menguji semula paras psikologi 1.05.

 

“Bersahabatlah dengan penjual minyak atar, nescaya akan mendapat tempias bau-bauan harum”

 

Wallahualam

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: