Euro VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 16-20 Januari 2017

Euro VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 16-20 Januari 2017

Euro ditutup kukuh berbanding Greenback minggu lalu dengan pembentukan CS W1 Bullish berserta data OHLC 1.05296, 1.06839, 1.04531, 1.06400. Secara amn

Euro ditutup kukuh berbanding Greenback minggu lalu dengan pembentukan CS W1 Bullish berserta data OHLC 1.05296, 1.06839, 1.04531, 1.06400. Secara amnya pergerakan EURUSD minggu lalu merupakan pengukuhan 4 minggu berturut-turut sejak Federal Reserve Open Market Committee FOMC menaikkan kadar asas faedah di US.

 

EURUSD bermula lemah Isnin 10/01/2017 lalu mengukuh sementara sepanjang hari Isnin. EURUSD Mula melemah ketika sentimen sidang media Donald Trump terkesan dalam pasaran. Hari Selasa, sepanjang penantian sidang media Donald Trump, Euro terus melemah. Namun sidang media Donald Trump boleh dikatakan agak mengecewakan kerana Trump langsung tidak membayangkan apa sebenarnya polisi yang akan dibawanya nanti. Kekecewaan pasaran dapat dilihat apabila Euro mendapat kesan positif kerana Greenback terus melemah sejak sidang media itu. Ulasan sidang media itu yang diulas oleh Saudara Firdaus Ali dapat dibaca di https://www.ctc.fm/sidang-akhbar-trump-tidak-meyakinkan-dollar-menjunam/

 

Dari segi data ekonomi, minggu hadapan tiada data berimpak tinggi daripada Eurozone. Tetapi, European Central Bank ECB akan mengumumkan kadar faedahnya yang akan diguna pakai sehingga mesyuarat yang seterusnya. ECB Minimum Bid Rate akan dikeluarkan pada hari Khamis jam 8.45malam dan akan diikuti oleh sidang media ECB 45 minit selepas itu. Pasaran tidak menjangkakan akan ada perubahan kadar faedah. Namun harus diambil perhatian berkenaan pakej rangsangan ekonomi daripada EBC nanti. Adakah akan ada perubahan? Adakah ECB akan merubah nada kepada lebih Hawkish? Masih Dovish?

 

Sebelum berlangsungnya sidang media ECB, jam 4.00pagi hari sama Fed Chair Yellen akan berucap di Commonwealth Club di San Francisco. Para pelabur sudah semestinya menantikan ucapan Yellen ini kerana Yellen merupakan pengerusi FOMC yang mengawal setiap polisi ekonomi FOMC. Yellen juga akan membuat satu lagi penampilan dan ucapan hari Jumaat jam 9.00pagi di Stanford Institute for Ecnomic Research. Jangan dilupakan juga CPI m/m, Core CPI m/m, Building Permits, Philly Fed Manufacturing Index, dan Unemployments Claims yang akan diterbitkan bermula pada hari Rabu dan Khamis daripada US.

 

Dari segi teknikal, paras Support yang signifikan adalah 1.06190, 1.05830, dan 1.0500. Paras-paras ini mungkin akan disinggahi oleh EURUSD jika ianya membuat penurunan. Jika EURUSD meneruskan kenaikkan pula, harga Resistant yang mesti diperhatikan adalah di 1.06570, 1.06850, dan 1.07080. Di H1, H4 dan D1 RSI14 sudah berada dalam mood belian dalam dagangan.

 

Sebagai informasi tambahan, Morgan Stanley, salah sebuah bank terkemuka dunia sudah mula memasuki jualan dalam dagangan di EURUSD di paras harga 1.0650 dengan Stop Lost ditetapkan di 1.0850 dan sasaran Take Profits di 0.9900. Selain Morgan Stanley, Danske Bank dan NAB juga sudah mula memasuki jualan dalam dagangan di EURUSD. Danske mensasarkan 1.02 dan NAB mensasarkan 0.9800 bagi Take Profits.

 

“Berdaganglah dengan bijak, kadangkala tiada posisi dalam dagangan juga adalah satu posisi”

 

Wallahualam

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: