Euro VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 19-23 Disember

Euro VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 19-23 Disember

Euro ditutup lemah berbanding Dolar Amerika minggu lalu dengan harga penutupan pasaran 1.04496 berbanding harga ketika pasaran minggu lalu dibuka pada

Euro ditutup lemah berbanding Dolar Amerika minggu lalu dengan harga penutupan pasaran 1.04496 berbanding harga ketika pasaran minggu lalu dibuka pada 1.05317. EURUSD boleh dikatakan sentiasa berada dalam tekanan jualan sejak 6 minggu lalu. Apa yang menarik bagi EURUSD adalah jarak pergerakan di antara harga tertinggi dan terendah mingguan menjangkau 300 pips. Secara umum, EURUSD bermula dengan baik hari Isnin sebelum menyusut pada hari Selasa hingga Khamis, dan membuat sedikit pembetulan pasaran ke atas di hari Jumaat.

 

Minggu hadapan Cuma terdapat 1 terbitan data berkala makroekonomi berimpak tinggi daripada Eurozone iaitu pada jam 5.00 petang waktu Malaysia. Data tersebut adalah German Ifo Business Climate daripada Jerman. Jerman merupakan salah 1 negara yang menyumbang KDNK yang besar untuk Eurozone. Pasaran mengunjurkan data tersebut meningkat sedikit kepada 110.7 berbanding 110.4 sebelumnya.

 

Dengan Eropean Central Bank, ECB masih berada dalam mood QE, EURUSD boleh dikatakan berada dalam tekanan jualan yang agak hebat. Tambahan pula Federal Reserve Open Market Comittee, FOMC sudah menaikkan kadar faedah minggu lalu. FOMC membawa sekali nada Hawkish yang membayangkan kemungkinan 3 lagi Rate Hike daripada FOMC bagi tahun 2017.

 

Secara teknikal, 1.0500 merupakan paras harga Psikologi yang telah berjaya dipecahkan minggu lalu. Dengan trend yang dilihat menggunakan teknikal BBMA masih lagi Bearish, jika EURUSD membuat pembetulan pasaran ke atas, paras Resistant terdekat adalah 1.0500 dan 1.0550. Harga 1.065 juga merupakan paras harga SBR yang perlu diperhatikan. Jika EURUSD meneruskan penurunan, harga Support yang mungkin dihinggap adalah 1.04 dan seterusnya 1.0275.

 

Dengan kadar kecairan dalam pasaran pada bulan Disember yang kurang berbanding lain-lain bulan, adalah dinasihatkan para pedagang berhati-hati dalam meletakkan sesuatu posisi dalam dagangan. Kebiasaannya pada bulan Disember seperi tahun-tahun sudah, pergerakan pips semua mata wang boleh melangkaui purata kebiasaan pergerakan dalam sehari berbanding bulan-bulan biasa.

 

“Berdaganglah dengan bijak, kadangkala tiada posisi dalam dagangan juga adalah satu posisi”

 

Wallahualam

 

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: