Euro VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 21-25 November 2016

Euro VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 21-25 November 2016

Dengan ketiadaan terbitan data berkala berimpak tinggi makroekonomi daripada Euro Zone, minggu lalu kekuatan Euro berbanding Dolar Amerika dipacu sema

Dengan ketiadaan terbitan data berkala berimpak tinggi makroekonomi daripada Euro Zone, minggu lalu kekuatan Euro berbanding Dolar Amerika dipacu semata-mata kekuatan Dolar sepanjang minggu. Dolar dilihat terlalu kuat berbanding hampir semua mata wang dunia. EURUSD mencatatkan penurunan terburuk satu-satu mata wang dalam sejarah dengan penyusutan selama 10 hari tanpa henti

 

Mula diniagakan minggu lalu dengan Gap ke bawah pada harga 1.08316 dan terus melemah hingga saat-saat akhir dagangan New York dengan harga penutup 1.05869 iaitu penurunan hampir 250 pips daripada harga pembukaan. Ulasan minggu lalu telah menjangkakan penurunan ini yang boleh dirujuk di https://www.ctc.fm/?p=8949

 

Minggu hadapan, masih tidak banyak data berkala berimpak tinggi makro ekonomi yang boleh memulihkan sedikit kekuatan Euro dari segi makroekonomi. Namun, agak menarik bagi kita menunggu ucapan Presiden Bank Pusat Eropah, ECB Mario Draghi pada Selasa nanti jam 12.00 pagi waktu Malaysia. Draghi akan memberikan testimoni Laporan Tahunan ECB di sebelum persidangan Parlimen Eropah Selasa nanti.

 

Hari Rabu pula, set data berkala berimpak sederhana makro ekonomi daripada Perancis, Jerman, dan Eropah iaitu Flash Manufacturing PMI dan Flash Services PMI akan dikeluarkan bermula jam 4.00, 4.30, dan 5.00 petang waktu Malaysia. Sebarang data yang lebih baik daripada jangkaan pasaran dijangka meredakan sedikit tekanan jualan EURUSD. Tidak lupa pada Khamis jam 5.00 petang, laporan German Ifo Business Climate akan diterbitkan. Data berkala daripada Jerman ini merupakan berimpak tinggi.

 

Secara teknikal, EURUSD sudah menghampiri harga psikologi 1.054 yang kali terakhir disentuh pada 03/12/2015. Jika harga psikologi ini dipecahkan, harga Support seterusnya adalah pada 1.046 yang kali terakhir disinggahi pada 08/03/2015. Ketika pasaran ditutup minggu lalu, harga di Time Frame M30, 1 jam, 4 Jam, harian, mingguan, dan bulanan masih lagi di bawah Senkou Span Ichimoku Kinkyo Hyo yang menunjukkan tekanan jualan dalam dagangan Euro yang sangat kuat. Berkemungkinan jika EURUSD tidak berjaya memecahkan harga Support terdekat 1.054, ianya akan membuat pembetulan harga sebelum menguji semula harga psikologi kerana di Time Frame harian sudah berada dalam terlebih jualan sejak 5 hari dagangan yang lalu

 

“Berdaganglah dengan bijak, kadangkala tiada posisi dalam dagangan juga adalah satu posisi”

 

Wallahualam

 

ctc-news

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: