Euro ditutup kukuh sedikit minggu lalu berbanding Dolar Amerika dengan pembentukan CS Bullish di W1. Jarak pergerakan turun naik EURUSD minggu lalu da
Euro ditutup kukuh sedikit minggu lalu berbanding Dolar Amerika dengan pembentukan CS Bullish di W1. Jarak pergerakan turun naik EURUSD minggu lalu daripada harga tertinggi kepada harga terendah adalah lebih kurang 150 pips. Berkemungkinan aktiviti ambilan untung ketika musim cuti Krismas telah mendorong EURUSD untuk ditutup lebih tinggi berbanding Greenback.
Minggu hadapan dengan ketiadaan langsung data berkala makroekonomi berimpak tinggi daripada Eurozone, dijangkakan pergerakan turun naik EURUSD agak terhad. Ini disokong dengan hanya dua data berkala makroekonomi berimpak tinggi daripada US iaitu CB Consumer Confidence pada Selasa jam 11 malam, Unemployment Claims jam 9.30 malam hari Khamis daripada US. Tambahan pula pasaran masih dalam mood bercuti Krismas.
Untuk pengetahuan umum, European Central Bank ECB masih lagi dalam polisi QE dan Federal Reserve Open Market Committee FOMC baru sahaja menaikkan kadar faedah dalam mesyuarat yang lalu. Jadi secara makroekonomi, EURUSD lebih cenderung untuk lebih menyusut dalam jangka masa sederhana dan panjang sehingga ada perubahan polisi daripada ECB dan FOMC.
Secara teknikal paras harga psikologi SBR 1.0500 merupakan paras kritikal yang sentiasa perlu diperhatikan. Harga Resistant seterusnya adalah 1.055. Harga Support pula berada di 1.04(BRN), dan 1.03655. Jika paras 1.03655 berjaya dipecahkan dengan jayanya besar kemungkinan 1.02750 akan diuji. 1.00 merupakan harga jangka panjang yang disasarkan oleh banyak penganalisis mata wang luar negara. Menggunakan teknikal BBMA dengan gabungan banyak TF masih menunjukkan EURUSD lebih menghala ke bawah.
Dengan kadar kecairan dalam pasaran secara tradisi agak kurang pada bulan Disember, adalah dinasihati para pedagang berhati-hati dalam meletakkan sesuatu posisi dalam dagangan. Kecairan dalam pasaran yang agak kurang boleh menyebabkan pergerakan pips yang tidak dijangka turun naiknya secara mendadak.
“Berdaganglah dengan bijak, kadangkala tiada posisi dalam dagangan juga adalah satu posisi”
Wallahualam
COMMENTS