EURUSD: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 08/01-12/01/2018

EURUSD: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 08/01-12/01/2018

Ulasan Minggu Lalu Minggu pertama 2018 menyaksikan EURUSD ditutup sedikit kukuh berbanding minggu sebelumnya. OHLC W1 minggu lepas dicatat sebagai

Ulasan Minggu Lalu

Minggu pertama 2018 menyaksikan EURUSD ditutup sedikit kukuh berbanding minggu sebelumnya. OHLC W1 minggu lepas dicatat sebagai 1.20098, 1.20895, 1.19985, 1.20293. Walaupun secara amnya EURUSD ditutup sedikit kukuh minggu lalu, namun pergerakan turun naiknya sebenarnya agak terhad. Ini mungkin disebabkan kecairan belum kembali dalam pasaran selepas cuti panjang Krismas dan Tahun Baru 2018. Setakat ini, 1.2000 merupakan harga psikologi yang masih kekal utuh bagi trend jangka masa sederhana panjang.

 

Sentimen Pasaran Ringkas 8/01-12/01/201

Tiada langsung data berkala berimpak tinggi daripada Eurozone akan diterbitkan minggu depan. Namun deretan data ekonomi berimpak kecil bermula Isnin hinggalah Jumaat dijangka dapat memberikan lebih seri jika ianya berturut-turut melepasi unjuran pasaran.

 

Beralih ke AS minggu hadapan, terbitan data berkala daripada AS minggu depan agak terhad dengan PPI m/m, CPI m/m, Core CPI m/m, Core Retail Sales m/m dan Retail Sales m/m  yang masing-masing akan diterbitkan pada hari Khamis dan Jumaat. Semua data berimpak tinggi ini merupakan data bacaan yang dapat menggambarkan inflasi semasa di AS. Sebarang sentimen positif dijangka dapat melegakan tekanan jualan Dolar AS.

 

Risiko Pasaran

Isu nuklear antara AS dan Korea Utara dengan mudah boleh menidakkan sebarang sentimen positif yang dibawa data berkala yang positif daripada AS. Hanya 1 berita terkini boleh membawa sentimen Risk-Off dalam pasaran.

 

Teknikal Ringkas Minggu Hadapan 8/01-12/01/2018

Melihat di D1, pergerakan EURUSD kelihatan dalam trend Bullish dengan pergerakan mematuhi Ascending Channel seperti yang digambarkan dalam rajah di bawah. SBR BRN terhampir adalah di 1.2100 diikuti dengan 1.2150 dan 1.2200. Jika minggu hadapan EURUSD melakukan pembetulan pasaran ke harga lebih rendah, kemungkinan BRN RBS yang mungkin diuji adalah di 1.2000, 1.1950 dan 1.1900. Paras harga 1.2000 merupakan harga psikologi yang masih kekal utuh bagi trend jangka masa sederhana panjang. Jika EURUSD terus berada dia atas paras psikologi ini, ianya berpeluang terus naik, naik, naik, dan naik ke harga lebih tinggi.

 

“Berdaganglah dengan bijak, tiada posisi dalam dagangan juga adalah satu posisi”

 

Wallahualam

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: