EURUSD: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 18/06-22/06/2018

EURUSD: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 18/06-22/06/2018

Ulasan Minggu Lalu EURUSD ditutup lemah minggu lepas. Hari Khamis minggu lepas merupakan kejatuhan paling teruk dialami EURUSD bagi pasca Brexit. O

Ulasan Minggu Lalu

EURUSD ditutup lemah minggu lepas. Hari Khamis minggu lepas merupakan kejatuhan paling teruk dialami EURUSD bagi pasca Brexit. OHLC minggu lepas dicatatkan sebagai 1.17743, 1.18520, 1.15418, 1.16042. Kejatuhan EURUSD minggu lepas telah dipacu oleh keputusan FOMC menaikkan kadar asas semalaman sebanyak 25 mata asas kepada 2.00% disampang nada sidang media ECB yang bernada Dovish.

 

Sentimen Pasaran Ringkas

Terdapat 3 ucapan Presiden ECB, Mario Draghi yang dijadualkan minggu depan. Ucapan ini tentunya dinantikan para pelabur bagi melihat pandangan masa depan polisi ekonomi ECB. Dari segi jadual berkala makroekonomi daripada Eurozone, minggu depan hari Khamis akan meriah dengan terbitan PMI Pembuatan daripada Perancis, German, dan Eropah sendiri. Terdapat juga 9 data bersifat berimpak lemah juga akan diterbitkan sepanjang minggu depan. Penyusutan EURUSD minggu lepas mungkin dapat dikekang jika data ekonomi minggu depan daripada Eurozone adalah keseluruhannya positif.

 

Dari AS pula, cuma 1 data berkala ekonomi berimpak tinggi daripada AS minggu depan iaitu Building Permits yang akan diterbitkan pada hari Selasa jam 8.30 malam waktu Malaysia. Terdapat 5 data berimpak sederhana juga akan diterbitkan di samping 6 yang berimpak kecil. Jika sentimen yang dibawa oleh data-data ini bersifat positif, Dolar berkemungkinan besar akan terus dibeli sepanjang minggu hadapan.

 

Risiko Pasaran

Untuk 2 Minggu bertutur-turut, sentimen Risk-Off telah pudar daripada pasaran. Dijangka sentimen Risk On masih berterusan minggu hadapan kecuali berita-berita Trade War yang mungkin akan dicetuskan Trump.

 

Teknikal Ringkas Minggu Hadapan

Melihat di D1, sudah kelihatan EURUSD sudah membuat Breakout daripada Sideway Range seperti yang digambarkan dalam rajah (kotak jingga). Semakan lanjut menggunakan indikator Stochastics mendapati di W1, EURUSD masih lagi belum keluar daripada posisi Oversold. Pembentukan CSR. SBR terdekat adalah di 1.16370, 1.17170, dan 1.18200. Jika EURUSD meneruskan penurunan melepasi 1.15530, ianya  akan membuka peluang untuk menguji paras 1.14880 dan jauh lebih rendah 1.13684. Paras harga psikologi EURUSD bagi trend jangka masa pendek adalah 1.15530, jika EURUSD ditutup di bawah paras ini di D1, ianya sangat cerah peluangnya untuk terus menyusut.

 

“Berdaganglah dengan bijak, tiada posisi dalam dagangan juga adalah satu posisi”

 

Wallahualam

 

Buka akaun dagangan nyata bersama saya untuk signal PERCUMA : www.cikgufahmifx.com

 

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: