EURUSD: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 21/05-25/05/2018

EURUSD: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 21/05-25/05/2018

Ulasan Minggu Lalu EURUSD meneruskan penurunan sejak 5 minggu lalu dan menutup pasaran pada harga 1.17688. OHLC minggu lepas dicatat sebagai 1.1942

Ulasan Minggu Lalu

EURUSD meneruskan penurunan sejak 5 minggu lalu dan menutup pasaran pada harga 1.17688. OHLC minggu lepas dicatat sebagai 1.19429, 1.19958, 1.7484, 1.17688. Penurunan ini dipercayai didorong oleh sentimen belian Dolar AS yang begitu kuat sejak 5 minggu lalu.

 

Sentimen Pasaran Ringkas

7 data berimpak sederhana daripada Eurozone dijangka mewarnai kemeriahan turun naik EURUSD. EURUSD akan dapat melakukan pembetulan pasaran jika sentimen dibawa data berkala ini adalah positif. Khamis jam 9malam waktu Malaysia, ECB akan megeluarkan ECB Monetary Policy Meeting Accounts kesinambungan daripada ECB Bid Rate lalu. Dijangkakan nadanya adalah sama iaitu kekal Dovish.

 

Cuma terdapat 1 data berkala makroekonomi berimpak tinggi daripada AS akan diterbitkan minggu depan iaitu Core Durable Goods Orders m/m. Selain itu juga terdapat 4 terbitan data berimpak sederhana yang patut juga diperhatikan. Jika data demi data ini membawa sentimen positif, Dolar AS kan terus mengukuh dan membuatkan EURUSD terus ditekan ke bawah. Salah satu acara yang dinantikan pelabur adalah terbitan FOMC Meeting Minutes yang dijadualkan dikeluarkan pada jam 2pagi Khamis waktu Malaysia. Dijangkakan nada FOMC masih Hawkish kesinambungan kenaikan kadar faedah lalu.

 

Risiko Pasaran

Dijangka mode Risk-On dalam pasaran berterusan daripada minggu lepas. Setakat minggu lepas mood belian Dolar dilihat amat baik. Sentimen Risk-On ketika ini lebih cenderung memihak kepada belian Dolar dan menekan EURUSD ke bawah.

 

Teknikal Ringkas Minggu Hadapan

Melihat di D1, sudah kelihatan EURUSD sudah membuat Breakout daripada Sideway Range seperti yang digambarkan dalam rajah (kotak jingga). Semakan menggunakan indikator Stochastics mendapati di D1 dan W1, EURUSD kini dalam posisi Oversold. Terdapat besar kemungkinan EURUSD akan melakukan pembetulan pasaran dahulu sebelum menyambung penyusutan seterusnya. SBR terdekat adalah di 1.19151, 1.20890 dan 1.22050. Jika EURUSD meneruskan penurunan melepasi 1.17167  akan membuka peluang untuk menguji paras 1.15375 pula.

 

“Berdaganglah dengan bijak, tiada posisi dalam dagangan juga adalah satu posisi”

 

Wallahualam

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: