EURUSD: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 28/05-01/05/2018

EURUSD: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 28/05-01/05/2018

Ulasan Minggu Lalu EURUSD meneruskan penurunan sejak 6 minggu lalu tanpa melakukan pembetulan pasaran di W1 dan menutup pasaran pada harga 1.16436.

Ulasan Minggu Lalu

EURUSD meneruskan penurunan sejak 6 minggu lalu tanpa melakukan pembetulan pasaran di W1 dan menutup pasaran pada harga 1.16436. OHLC minggu lepas dicatat sebagai 1.17707, 1.18293, 1.16431, 1.16436. Penurunan ini dipercayai didorong terbitan data iklim ekonomi Eurozone yang lemah minggu lepas.

 

Sentimen Pasaran Ringkas

Jika minggu lalu Eurozone menerbitkan data iklim ekonomi, minggu depan akan diwarnai dengan data peruncitan dan pembuatan. EURUSD sangat berpotensi untuk terus menyusut jika data jualan runcit dan pembuatan itu kelak adalah lebih buruk daripada jangkaan.

 

Minggu depan merupakan minggu NFP daripada AS. Sebelum terbitnya data NFP, 3 data berimpak tinggi akan dikeluarkan iaitu CB Consumer Confidence, ADP NFP, dan Prelim GDP q/q. Sentimen data berkala bagi berimpak sederhana juga tidak kurang meriahnya dengan 4 yang akan diterbitkan. EURUSD berpeluang mencatatkan harga baru terendah 2018 jika secara keseluruhannya bersentimen positif. Data NFP akan diterbitkan pada hari Jumaat jam 8.30 malam waktu Malaysia.

 

Risiko Pasaran

Setakat minggu lepas mood belian Dolar dilihat amat baik namun Risk-Off sempat masuk ke dalam pasaran dan membuatkan belian aset selamat dirangsang beberapa ketika tetapi tidak cukup kuat bagi menghalang belian Dolar yang berterusan. http://money.cnn.com/data/fear-and-greed/

 

Teknikal Ringkas Minggu Hadapan

Melihat di D1, sudah kelihatan EURUSD sudah membuat Breakout daripada Sideway Range seperti yang digambarkan dalam rajah (kotak jingga). Semakan menggunakan indikator Stochastics mendapati di D1 dan W1, EURUSD kini dalam posisi Oversold. Terdapat besar kemungkinan EURUSD akan melakukan pembetulan pasaran dahulu sebelum menyambung penyusutan seterusnya. SBR terdekat adalah di 1.17167 dan 1.19151. Jika EURUSD meneruskan penurunan melepasi 1.15735, ianya  akan membuka peluang untuk menguji paras 1.14889 dan 1.13684. 1.15735 adalah Support di W1 yang sangat berpotensi menjadi paras harga untuk EURUSD Rebound ke harga lebih tinggi melakukan pembetulan pasaran.

 

“Berdaganglah dengan bijak, tiada posisi dalam dagangan juga adalah satu posisi”

 

Wallahualam

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: