Faktor Yang Mendorong Peningkatan Harga Akan Berlanjutan Hingga Tahun Depan – Powell

Faktor Yang Mendorong Peningkatan Harga Akan Berlanjutan Hingga Tahun Depan – Powell

Varian Omicron bagi Covid-19 berpotensi memperlahankan pemulihan ekonomi AS dan pasaran buruh dan juga meningkatkan ketidakpastian mengenai inflasi,

Varian Omicron bagi Covid-19 berpotensi memperlahankan pemulihan ekonomi AS dan pasaran buruh dan juga meningkatkan ketidakpastian mengenai inflasi, kata pengerusi Fed Jerome Powell dalam keterangan yang disiarkan semalam.

Powell secara konsisten menekankan bahawa lonjakan inflasi hanya bersifat sementara, namun mengakui faktor-faktor yang menolak harga lebih tinggi akan “berlanjutan hingga tahun depan.”

Keterangan tersebut akan disampaikan kepada Jawatankuasa Perbankan Senat hari ini yang akan menunjukkan kebimbangan Fed tentang kenaikan harga tahun ini, sehingga memberi tekanan kepada bank pusat untuk menaikkan kadar faedah dengan lebih cepat.

Bagi mengelakkan kerosakan ekonomi yang lebih besar daripada krisis wabak, Fed telah menurunkan kadar faedah ke paras sifar dan melimpahkan kecairan ke dalam sistem kewangan.

Di tambah dengan pelaksanaan program rangsangan besar-besaran oleh kerajaan, ekonomi AS dilihat “terus mengukuh”, namun kemunculan varian Delta pada musim panas telah mengheret proses pemulihan.

Situasi ini telah menyebabkan pasaran kewangan jatuh mendadak pada Jumaat lalu susulan kebimbangan bahawa ekonomi global akan kembali terjejas dengan penularan varian baharu, Omicron.

“Kebimbangan yang lebih besar tentang virus itu boleh mengurangkan kesediaan orang ramai untuk , bekerja yang mana akan memperlahankan pemulihan dalam pasaran buruh dan meningkatkan gangguan rantaian bekalan,” jelas Powell.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: