Presiden Federal Reserve St. Louis James Bullard memberitahu pasaran global nampaknya "sudah bersedia" menantikan kenaikan faedah penambahan the Fed p
Presiden Federal Reserve St. Louis James Bullard memberitahu pasaran global nampaknya “sudah bersedia” menantikan kenaikan faedah penambahan the Fed pada musim panas ini, walaupun dia tidak memberitahu bila tarikh polisi ini akan dilancarkan.
“Saya rasa pasaran dunia sudah bersedia terhadap berkemungkinan kenaikan kadar faedah, yang tidak terlalu mengejutkan oleh ramalan para penganalisa pada Disember tahun lalu dan Polisi jawatankuasa the fed memberitahu kenaikan kadar faedah secara beransur-ansur,” ulas Bullard pada sidang akhbar selepas menjadi speaker di persidangan akademik di Seoul.
“Seeloknya jika semua berjalan dengan baik maka akan berjalan perlahan-lahan.”
Bullard menambahkan pemulihan GDP AS akan berlaku di pertengahan tahun dua ini,tetapi dia tidak menyatakan sama ada Fed seharusnya menaikkan faedah acuan di Jun atau July. Komen beliau berikutan data semakan pada hari Jumaat yang menunjukkan pertumbuhan suku pertama di AS itu tidak lemah seperti yang diharapkan.
COMMENTS