Fed Dijangka Mengekalkan Kadar Faedah Sifar Lebih Dari Lima Tahun

Fed Dijangka Mengekalkan Kadar Faedah Sifar Lebih Dari Lima Tahun

Federal Reserve dijangka akan mengekalkan kadar faedah sifar selama lima tahun atau berkemungkinan lebih dari itu selepas mereka mengumumkan strategi

Federal Reserve dijangka akan mengekalkan kadar faedah sifar selama lima tahun atau berkemungkinan lebih dari itu selepas mereka mengumumkan strategi baru bagi mengatur dasar monetari.

Kaedah terbaru yang akan diumumkan pada bulan hadapan dilihat akan melegakan kebimbangan para pembuat dasar terhadap isu inflasi, malah berpotensi menaikkan kembali sasaran inflasi mereka melebihi 2%.

Pengerusi Fed Jerome Powell dalam persidangan bank pusat Jackon Hole pada hari Jumaat akan memberikan kemas kini kajian rangka kerja polisi dan tindakan Fed yang kini berusia satu setengah tahun.

Fed sebelum ini telah mengekalkan kadar faedah sifar selama tujuh tahun apabila berhadapan krisis kewangan pada 2008, dan hanya mula menaikkannya pada Disember 2015.

“Kedudukan kadar faedah sifar selama tujuh tahun amat munasabah” sebelum ianya dinaikkan, melihat bagaimana kepayahan Fed menjana pertumbuhan inflasi yang lebih cepat, jelas bekas pegawai Fed Roberto Perli yang kini merupakan rakan kongsi di Cornerstone Macro LLC.

Pandangan ini selari dengan bekas ketua ekonomi White House, Jason Furman yang menyebutkan, “Saya tidak akan terkejut jika kadar faedah masih berada di paras sifar lima tahun dari sekarang”.

David Wilcox, bekas pegawai Fed yang kini bekerja di Peterson Institute for International Economics juga berkongsi perihal yang sama dengan mengatakan “Saya akan sangat terkejut jika ia (kadar faedah sifar) kurang dari tiga tahun”.

“Saya menjangkan enam atau tujuh tahun diperlukan jika kerosakan akibat krisis terbukti bertahan lebih lama”, tambah beliau.

Pandangan yang melihat tiada lagi pelonggaran dasar Fed yang lebih agresif merupakan berita positif buat sebahagian pelabur sehingga mendorong ekuiti S&P 500 didagang pada rekod tertinggi yang baru walaupun ekonomi masih belum pulih dari kejatuhan yang lebih buruk dari zaman ‘Great Depression’.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: