Harga emas meneruskan peningkatannya empat sesi berturut-turut dengan hasil bon antarabangsa kesemuanya jatuh, reaksi ke atas data Jepun dan Eropah y
Harga emas meneruskan peningkatannya empat sesi berturut-turut dengan hasil bon antarabangsa kesemuanya jatuh, reaksi ke atas data Jepun dan Eropah yang lemah.
Kontrak emas bagi bulan Ogos yang didagang di Comex NYMEX berjaya memadam kerugian minggu lalu selepas mencecah paras tertinggi $1,430.50 di awal sesi dagangan Amerika Utara.
Sehingga jam 10.50 malam, pasaran emas berundur namun masih berjaya mengekalkan kedudukannya yang tinggi, mencatat peningkatan $6.95 kepada $1,427.20 per auns.
Fed dijangka mengumumkan penurunan 25 mata asas (bdp) kadar faedah pada hari Jumaat, rate cut yang pertama sejak sedekad yang lalu.
Spekulasi yang melihat pemotongan sehingga 50 bdp semakin pudar berikutan beberapa siri data ekonomi yang lebih baik termasuk kelembapan pada pertumbuhan ekonomi AS yang tidak membimbangkan.
Walau bagaimanapun, ahli ekonomi masih meletakkan hampir setengah peratus jangkaan bahawa Fed akan terus menurunkan kadar pada bulan September dan pada bulan Disember.
Reaksi pasaran pada minggu ini bergantung kepada susunan kata ahli FOMC terutamanya Jerome Powell ketika mengulas lebih lanjut tentang masa depan polisi yang akan menjadi pilihan.
COMMENTS