Fed Dijangka Pertahankan Dasar Walaupun Inflasi Meningkat

Fed Dijangka Pertahankan Dasar Walaupun Inflasi Meningkat

Kemajuan kurang memberangsangkan pada mengembalikan pekerjaan yang hilang semasa wabak menunjukkan bahawa Federal Reserve mungkin tidak akan berganja

Kemajuan kurang memberangsangkan pada mengembalikan pekerjaan yang hilang semasa wabak menunjukkan bahawa Federal Reserve mungkin tidak akan berganjak dari dasar moneterinya pada pertemuan minggu ini walaupun menghadapi inflasi yang semakin meningkat.

Pengerusi Fed, Jerome Powell telah menjelaskan bahawa Fed akan terus mengekalkan program pembelian bon besar-besaran mereka, termasuk kadar faedah terendah sehingga data menggambarkan peningkatan pekerjaan yang berkekalan di semua lapisan ekonomi.

Namun begitu, lonjakan terkini dalam inflasi ekonomi terbesar di dunia telah menguatkan tekanan ke atas para pembuat dasar untuk memulakan perbincangan bagi mengurangkan program rangsangan.

“Tidak ada perbuatan baik yang tidak dihukum dan itu terjadi dengan pembukaan semula ekonomi yang cepat,” kata ahli ekonomi Joel Naroff dalam sebuah analisis.

“Kelebihannya adalah pertumbuhan yang melambung tinggi. Kelemahannya adalah inflasi pengguna melonjak, dan masalah tenaga kerja menekan perniagaan.” jelas beliau.

FOMC pada pertemuan kali ini juga akan mengeluarkan ramalan suku tahunan terkini dari 17 anggota jawatankuasa, yang dijangka dapat mencerminkan prospek ekonomi yang bertambah baik, dan menunjukkan unjuran median untuk satu kenaikan kadar faedah pada tahun 2023.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: