Fed Dovish, Apakah Dolar AS Akan Terus Menjunam?

Fed Dovish, Apakah Dolar AS Akan Terus Menjunam?

Dolar AS jatuh ke paras terendah sembilan minggu yang lalu pada Khamis berikutan unjuran dan kenyataan Federal Reserve yang dovish. Fed mengekalka

Dolar AS jatuh ke paras terendah sembilan minggu yang lalu pada Khamis berikutan unjuran dan kenyataan Federal Reserve yang dovish.

Fed mengekalkan kadar faedah dalam lingkungan 0% hingga 0.25% dan mengekalkan kadar pembelian bon bulanan sebanyak AS$120 bilion.

Bank pusat kelihatan tidak tergesa-gesa untuk mengubah pendirian supaya lebih akomodatif walaupun pengedaran vaksin dan rangsangan fiskal telah mendorong pemulihan.

“Indikator aktiviti ekonomi dan pekerjaan telah mengukuh ditengah-tengah kemajuan vaksinasi dan sokongan dasar. Sektor-sektor yang paling teruk terjejas oleh wabak pula tetap lemah namun telah menunjukkan peningkatan,” kata Fed dalam satu kenyataan.

Menurut bank pusat, meskipun latar belakang ekonomi bertambah baik, isu wabak masih menekan prospek.

“Krisis kesihatan awam yang berterusan terus menekan ekonomi, dan risiko terhadap prospek ekonomi tetap ada.”, tambah mereka.

Dalam sidang media selepas pernyataan dasar, pengerusi Fed Jerome Powell pula memberikan isyarat bahawa pandangan dan pendirian dasar tersebut akan kekal untuk beberapa waktu.

“Kami masih melihat keperluan untuk mempertahankan julat (0-0.25%) semasa bagi kadar faedah persekutuan sehingga keadaan sektor buruh telah mencapai tahap yang konsisten dengan penilaian jawatankuasa mengenai pekerjaan maksimum dan inflasi meningkat menjadi 2%, serta melebihinya untuk beberapa waktu.” jelas beliau.

Walau bagaimanapun, pasaran tetap berhati-hati dengan perubahan luar jangka Fed berikutan data ekonomi masih menunjukkan pemulihan yang kuat dan peningkatan inflasi yang tinggi.

Adakah dolar akan kekal rendah?

Secara keseluruhan, di tambah dengan bantuan fiskal Biden bernilai AS$1.9 trilion, permintaan terhadap dolar AS masih kukuh.

Hal ini turut dipandu oleh jangkaan pemulihan ekonomi yang lancar seiring dengan dot plot bank pusat, termasuk penolakan untuk menaikkan kadar faedah hanya memberi kesan buruk kepada nilai dolar bagi jangka masa yang pendek.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: