pound-gbp

Fed Hike, Hawkish Powell Pandu GBP/USD Jatuh Hampir Dua Peratus

Dolar melonjak ke paras tertinggi dua minggu dengan kenaikan kadar faedah dan pengetatan dasar Fed terbaharu, sekali gus menyekat kenaikan aset-aset berisiko global.

Indek dolar yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang utama yang lalu naik 1.4% kepada 112.94 mata, disokong oleh lonjakan hasil bon 2 tahun ke paras 4.73% yang memberi isyarat kemasukan modal dari seluruh dunia.

Fed awal pagi Khamis telah menaikkan sasaran untuk kadar faedah Fed kepada 4.0%, tertinggi sejak Krisis Kewangan 2008, sementara pengerusinya Jerome Powell berkata bahawa kadar faedah perlu terus dinaikkan walaupun dengan julat yang lebih kecil.

Hawkish Fed itu bukan sahaja memacu dolar dan menghentikan kenaikan saham, malah turut memberi tekanan kepada Bank Pusat England (BOE) untuk mengekori Fed berikutan kelemahan mata wang sterling.

Hal ini terbukti apabila BOE juga menaikkan kadar utamanya sebanyak 75 mata asas kepada 3.0%, kenaikan tertinggi dalam tempoh 14 tahun.

BOE turut memberi amaran bahawa ekonomi Britian mungkin akan menyusut untuk satu setengah tahun hadapan apabila krisis tenaga serantau memburukkan lagi isu-isu domestik.

Setakat jam 10 malam, GBP/USD didagang sekitar 1.1176, jatuh lebih 200 pips atau 1.87 peratus.

Kelemahan sterling itu juga memberi gambaran krisis keyakinan yang lebih meluas dalam ekonomi UK, yang dilihat berisiko menghadapi kemelesetan dengan cepat.

Satu-satunya kelegaan bagi BoE ialah berkurangnya ketidaktentuan pasaran yang disebabkan oleh pentadbiran Liz Truss sejak Rishi Sunak mengambil alih jawatan Perdana Menteri.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *