Fed Kekalkan Kadar Faedah, Apa Nasib USD Selepas Ini?

Fed Kekalkan Kadar Faedah, Apa Nasib USD Selepas Ini?

Fed mengekalkan kadar faedah mereka pada paras 1.75% awal pagi tadi lantas memberi isyarat bahawa mereka masih mengekalkan pendirian mereka terhadap p

Fed mengekalkan kadar faedah mereka pada paras 1.75% awal pagi tadi lantas memberi isyarat bahawa mereka masih mengekalkan pendirian mereka terhadap pengetatan dasar kewangan secara berperingkat. Pelabur masih kekal yakin dengan jangkaan Fed akan menaikkan kadar faedah buat kali kedua pada tahun ini pada Jun nanti.

Inflasi bergerak hampir menuju sasaran Fed iaitu pada paras 1.9% setelah data ekonomi Indeks Harga Asas diterbitkan pada Isnin lalu. Tindakan Fed mengekalkan kadar faedah kali ini dilihat mereka bersedia untuk inflasi melepasi sasaran mereka sebelum menaikkan kadar faedah.

Dolar AS kini bakal menumpukan perhatiannya pada petunjuk data makroekonomi untuk melakukan sebarang pergerakan. Semalam, data ADP yang diterbitkan adalah positif lantas memberi bayangan bahawa NFP pada Jumaat nanti juga mungkin akan turut bagus. Namun perhatian akan lebih terarah terhadap Kadar Pengangguran dan Purata Pendapatan.

Perbincangan perdagangan China-AS akan diadakan pada hari ini, tatkala China dikatakan telahpun memberhentikan pembelian kacang soya daripada AS dan mula mengimport daripada negara lain seperti Kanada dan Brazil. Kacang soya adalah tanaman kedua terbesar Amerika dan harganya bergantung kepada dagangan dengan negara-negara Asia.

Setiausaha Perbendaharaan AS Mnuchin dan delegasinya telah tiba di Beijing hari ini. Pentadbiran Trump sebelum ini mendesak kerajaan China memotong $100 bilion daripada $375 bilion lebihan dagangan mereka dengan AS. China dalam pendirian terbaru mereka, enggan untuk membiarkan mereka “dibuli” oleh Amerika.

Data Imbangan Perdagangan AS akan diterbitkan pada 8.30 malam nanti dengan jangkaan jumlah defisit berkurang ke paras -$50 bilion. Data ini mungkin sahaja akan diabaikan oleh pemain pasaran dan memfokuskan pada hasil rundingan dagangan pada Jumaat.

Jika hasil rundingan dagangan China-AS positif, Kadar Pengangguran berada di sekitar 4.0-4.1% dan Purata Pendapatan berada di atas kadar 0.2%, USD akan kembali mengukuh setelah berundur sedikit akibat daripada pengekalan kadar faedah.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: