powell-finger-tip

Fed Kekalkan Kadar Faedah, Mengisyaratkan Hanya Satu Pemotongan Pada 2024

Federal Reserve mengekalkan kadar faedah stabil sambil mengisyaratkan bahawa bank pusat hanya mampu mengurangkan kadar hanya sekali tahun ini.

Keputusan dan unjuran penurunan kadar itu dibuat beberapa jam selepas Jabatan Buruh melaporkan penurunan sederhana dalam kadar inflasi pada bulan lalu.

Fed telah mengekalkan kadar faedah penanda arasnya pada paras tertinggi dalam lebih dua dekad sejak Julai lalu.

Perkara itu menjadikan pengguna perlu berdepan dengan pinjaman kereta yang lebih mahal, membiayai perniagaan atau membawa kehadapan baki pada kad kredit.

Para penggubal dasar Fed masih menjangkakan untuk mengurangkan kadar pada akhir tahun ini. Namun, ramalan yang dikeluarkan pada penghujung mesyuarat dua hari itu menunjukkan secara purata, penggubal dasar menjangkakan hanya satu pemotongan kadar suku mata akan berlaku.

Fed dihalang daripada mengurangkan kadar dengan lebih agresif kerana inflasi telah terbukti lebih sukar untuk menurun daripada yang dijangkakan.

Penggubal dasar inginkan lebih banyak bukti dan data yang menunjukkan bahawa inflasi telah jatuh kembali ke arah sasaran mereka sebanyak 2% sebelum mereka mula melonggarkan dasar monetari.

Laporan kos sara hidup terkini masih menunjukkan beberapa tanda yang menggalakkan bahawa inflasi bergerak ke arah itu.

Harga pengguna pada bulan Mei adalah 3.3% lebih tinggi daripada setahun yang lalu sementara indeks harga pengguna tidak berubah antara April dan Mei, berikutan kejatuhan harga petrol membantu mengimbangi kenaikan sewa dan harga restoran.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *