Fed Ketengahkan Pendekatan Tunggu & Lihat Untuk Memandu Dasar Di Masa Hadapan

Fed Ketengahkan Pendekatan Tunggu & Lihat Untuk Memandu Dasar Di Masa Hadapan

Pembuat dasar Fed menyuarakan kebimbangan mereka terhadap kelembapan pertumbuhan global dan halangan daripada konflik perdagangan menerusi minit mesy

Pembuat dasar Fed menyuarakan kebimbangan mereka terhadap kelembapan pertumbuhan global dan halangan daripada konflik perdagangan menerusi minit mesyuarat bulan Julai, namun menafikan keperluan siri pemotongan kadar faedah di masa hadapan.

Kebanyakkan ahli berpandangan pelonggaran dasar sebanyak suku mata pada mesyuarat yang lalu adalah sebahagian daripada penyusunan semula atau pelarasan pendirian dasar sebagai reaksi ke atas perubahan outlook ekonomi, inflasi yang lemah serta konflik perdagangan AS-China.

Oleh itu, Fed melihat pilihan yang terbaik adalah untuk kekal ‘fleksibel’ dan terus meneliti data-data yang mendatang.

Kencenderungan ahli FOMC memandu dasar dengan mengikuti informasi-informasi yang baru termasuk menilai kesannya terhadap outlook ekonomi adalah bertujuan mengelak daripada kemunculan isu-isu yang baru hasil daripada keputusan yang dilakukan.

Fokus pasaran kini tertumpu kepada ucaptama Pengerusi Fed Jerome Powell pada hari Jumaatm terutamanya selepas terbaliknya lengkungan hasil bon pada minggu lalu.

Trump pula sekali lagi mengkritik Fed dengan mengatakan bahawa mereka menjadi punca kepada kemerosotan ekonomi kerana tidak menurunkan kadar faedah di tahap yang sepatutnya.

“Perbincangan bersama China termasuk beberapa perjanjian perdagangan berjalan lancar. Satu-satunya masalah yang kami hadapai adalah Jay Powell dan Fed. Powell seperti pemain golf yang tidak boleh melakukan ‘putt’. Pertumbuhan yang besar jika beliau bertindak dengan betul, BIG CUT – tetapi jangan bergantung padanya!”, kritik Trump menerusi Twitter.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: