Fed Umumkan Rancangan Pembelian Bon Korporat Yang Lebih Meluas

Fed Umumkan Rancangan Pembelian Bon Korporat Yang Lebih Meluas

Federal Reserve akan melakukan pembelian bon korporat dengan gred pelaburan yang pelbagai di pasaran sekunder bermula hari ini dan turut mengatakan b

Federal Reserve akan melakukan pembelian bon korporat dengan gred pelaburan yang pelbagai di pasaran sekunder bermula hari ini dan turut mengatakan bahawa mereka akan melakukan pembelian secara terus daripada penerbit dalam masa yang terdekat.

Tujuan pembelian tersebut adalah bagi menjamin akses syarikat-syarikat kepada wang tunai dan memastikan kecairan pada pasaran kredit di tengah-tengah pandemik COVID-19.

Pengumuman tersebut dilihat berjaya menghapuskan kebimbangan pasaran terhadap gelombang kedua jangkitan koronavirus yang mana telah mempengaruhi mood pada sesi dagangan yang lalu.

Menurut Morgan Stanley, bon korporat gred pelaburan individu dengan baki tempoh matang lima tahun atau kurang yang menjadi pilihan pembelian Fed akan menyebabkan 40% daripada AS$ 10 trilion hutang korporat AS terbentang di atas meja.

Julat kredit semakin mengecil selepas pengumuman Fed tersebut dan hasil bon 10-tahun AS yang menjadi penanda aras meningkat berikutan peralihan para pelabur kepada pasaran bon yang lebih selamat.

Walau bagaimanapun, matawang safe haven seperti yen Jepun kekal di dalam julat yang terbentuk sejak bulan April berbanding USD, mengisyaratkan bahawa sebahagian daripada pelabur masih dalam keadaan berhati-hati.

Fokus pelabur kini tertumpu kepada keterangan Pengerusi Fed Jerome Powell di hadapan Jawatankuasa Perbankan Senat pada hari Selasa.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: