Fiber VS Buck – 2017, Tahun Politik Eropah. FREXIT?

Semalam, data sentimen pengguna Amerika melonjak ke paras 113.70 tertinggi yang pernah dilihat sejak 2001 memberi bayangan akan keyakinan ramai terhad

Semalam, data sentimen pengguna Amerika melonjak ke paras 113.70 tertinggi yang pernah dilihat sejak 2001 memberi bayangan akan keyakinan ramai terhadap ekonomi Amerika yang lebih baik bagi tahun hadapan. Indeks Dollar meningkat sebanyak 0.01% semalam, namun jatuh sebanyak 0.11% ketika pasaran Asia didagangkan.

Sentimen masih lagi berkisar tentang hala tuju pentadbiran Trump, ketidaktentuan ini sedikit sebanyak mempengaruhi pemacuan Dollar apabila beliau dijangka akan menarik semula perjanjian TPPA, mengurangkan cukai korporat serta individu dan pertambahan perbelanjaan fiskal kerajaan. 100 hari pertama pentadbiran Trump, tempoh waktu yang bakal menjadi perhatian semua. Pada ketika ini, pendekatan yang ideal adalah “tunggu dan lihat”.

Tahun 2017 juga bakal menyaksikan giliran Perancis dan Jerman pula berada di dalam musim pilihanraya. Itali pula masih cuba untuk menyelamatkan bank tertua dan ketiga terbesar di negara itu, Monte dei Paschi. Kerajaan Itali mungkin akan membantu dengan menyuntik dana sebanyak $6.8 bilion, setelah Bank MdP gagal untuk mendapatkan sejumlah 5 bilion Euros daripada pelabur-pelabur swasta dan lantas meminta pertolongan daripada kerajaan Itali.

Selepas Brexit, beberapa negara lain dikhabarkan akan turut melakukan referendum untuk keluar dari blok EU, ini termasuklah Perancis, Belanda, Austria dan Sweden. Setelah Itali gagal dalam referendumnya tahun ini, adakah kita bakal menyaksikan FREXIT, NEXIT, AUXIT DAN SWEXIT pula mengambil tempat dalam pergolakan politik kewangan Eropah? Jika Marine Le Pen memenangi pilihanraya Perancis, mungkin kita bakal menyaksikan referendum FREXIT menjadi kenyataan.

Secara umumnya, EURUSD, masih berada di bawah tekanan bearish; didorong oleh sentimen optimistik Dollar dan ketidaktentuan zon Eropah. Dan mungkin ianya akan berlanjutan hingga ke paras “parity’ namun apa pun boleh berlaku.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: