Fitch Kekalkan Outlook Yang Negatif Dan Penilaian Hutang -AA Terhadap UK

Fitch Kekalkan Outlook Yang Negatif Dan Penilaian Hutang -AA Terhadap UK

Fitch Ratings semalam mengekalkan penilaian hutang Britain pada AA- serta prospek yang negatif, setelah menurunkan kedua-duanya pada bulan Mac yang l

Fitch Ratings semalam mengekalkan penilaian hutang Britain pada AA- serta prospek yang negatif, setelah menurunkan kedua-duanya pada bulan Mac yang lalu berikutan kebimbangan terhadap kerosakan ke atas ekonomi dari krisis Covid-19.

Pengesahan terhadap outlook negatif “mencerminkan impak wabak koronavirus ke atas ekonomi UK dan mengakibatkan kemerosotan material dalam kewangan awam, dengan Fitch mengunjurkan defisit fiskal akan meningkat secara besar-besaran tahun ini sementara hutang kerajaan akan meningkat menjadi lebih dari 120 peratus daripada KDNK dalam beberapa tahun ke depan,” kata agensi tersebut dalam satu kenyataan.

Fitch melihat defisit Britain meningkat kepada 17.7 peratus daripada KDNK tahun ini berbnading 2.2 peratus yang direkodkan padatahun 2019.

Angka tersebut jauh lebih tinggi daripada apa yang pernah dilihat semasa krisis kewangan global 2008-2010, akibat daripada kelembapan aktiviti ekonomi dan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan bagi menangani wabak.

Defisit diramalkan akan menurun kepada kira-kira 12 peratus daripada KDNK pada tahun depan dan di bawah 10 peratus daripada KDNK pada tahun 2022.

Unjuran ini dikeluarkan selepas PM Borish Johnson pada awal minggu lalu mengumumkan sekatan pergerakan terbaru di England bagi mengekang gelombang penularan wabak yang kedua.

Fitch berpandangan langkah seperti ini akan memperlahankan, namun tidaklah sehingga menghentikan pemulihan ekonomi dan melihat risiko diperketatkan jika kes jangkitan terus meningkat.

Menambah ketidakpastian adalah proses rundingan perjanjian perdagangan baru Britian bersama Kesatuan Eropah setelah keluarnya mereka dari blok itu, yang disebutkan oleh Fitch “berkemungkinan akan mengekang kadar pemulihan” pada baki tahun yang tersisa.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: