Fitch Menarik Balik Penarafan Ke Atas Rusia Bagi Mematuhi Sekatan EU

Fitch Menarik Balik Penarafan Ke Atas Rusia Bagi Mematuhi Sekatan EU

Fitch dalam satu kenyataan berkata bahawa mereka telah menarik balik penarafan Rusia bagi mematuhi sekatan yang dikenakan oleh Kesatuan Eropah. Ke

Fitch dalam satu kenyataan berkata bahawa mereka telah menarik balik penarafan Rusia bagi mematuhi sekatan yang dikenakan oleh Kesatuan Eropah.

Keputusan itu diumumkan selepas agensi penarafan antarabangsa itu menurunkan penarafan Rusia kepada paras “sampah” awal bulan ini.

Sekatan agresif yang dikenakan oleh negara Barat dan sekutunya ke atas Rusia susulan pencerobohan dan serangannya ke atas Ukraine telah mensasarkan beberapa bank dan perniagaan utama negara itu.

Malah sekatan itu juga dilihat telah melumpuhkan ekonomi Rusia dan mendorong kejatuhan mendadak mata wang rubel.

Akibat kejatuhan nilai mata wang dan sekatan yang berlanjutan, para pelabur dan penganalisis kini bimbang jika Rusia akan terjerumus ke dalam kegagalan membayar hutang.

Pada awal minggu lalu, Fitch juga berkata bahawa ia akan menarik balik penarafan ke atas semua entiti Rusia dan anak syarikat mereka sebelum 15 April ini, iaitu tarikh yang telah ditetapkan oleh EU.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: