EURUSD menjunam mendadak pada minggu lepas, disebabkan ura-ura tentang kenaikan kadar faedah di AS yang menjadi penyebab kemerosotan mendadak pada pas
EURUSD menjunam mendadak pada minggu lepas, disebabkan ura-ura tentang kenaikan kadar faedah di AS yang menjadi penyebab kemerosotan mendadak pada pasangan matawang ini. Isyarat kuat tentang kenaikan kadar faedah di AS pada bulan Disember telah membuatkan dollar terus kukuh.
Tetapi bukan sahaja kenaikan kadar faedah di AS yang menjadi penyebab negatifnya pergerakan EURUSD, faktor lain juga mempengaruhi pergerakan ialah mesyuarat polisi monetari European Central Bank (ECB) pada 20 Oktober minggu ini.
ECB telah menyuntik pelbagai rangsangan kewangan, bermula dari penurunan kadar faedah acuan menjadi 0%, dan kadar faedah deposit menjadi -0,4%, dan juga program pembelian aset guna merangsang ekonomi zon euro serta menaikkan inflasi menuju sasaran 2%
COMMENTS